Pemimpin DAP Pulau Pinang Sertai PCM  

Posted by Kunta-Kinte

PULAU PINANG, 7 Jan (Bernama) -- Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, 54, Khamisi mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).


Katanya keputusan itu berkuat kuasa serta merta bagi membolehkannya menyampaikan pandangan kepada kerajaan negeri dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.

"Sekarang ini DAP memimpin kerajaan negeri. Susah bagi saya untuk menyuarakan kepentingan rakyat kerana bila saya mengkritik kerajaan negeri bermakna saya mengkritik parti saya," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau, yang telah menyertai DAP selama 22 tahun itu, berkata surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, Sabtu ini.

"Tiada masalah peribadi atau perselisihan antara saya dan rakan dalam DAP, cuma terdapat beberapa dasar dalam parti yang saya tidak setuju," katanya.


-- BERNAMA

This entry was posted on Thursday, January 07, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments