Pencuri selamba, di mesin ATM, Karachi.
Apa yang akan anda lakukan jika terserempak? buat tau je ke?
Hahahaha...baru padan muka!...Seorang lelaki china dengan berani mencampakkan basikalnya ke arah penyamun yang menaiki motor. Bravo!!
Masyarakat kita perlukan orang yang hebat macam ni.....
Mat Rempit Malaysia ada berani ka??
SEREMBAN, 22 Mac — Seorang pengganggur Rasidi Ismail, yang dituduh membunuh empat anggota keluarganya termasuk datuknya Januari lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia mendapat arahan dari langit. Setelah Rasidi mengaku bersalah dan faham terhadap keempat tuduhan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin berkata mahkamah ingin tahu mengapa dia mengaku salah. Rasidi berkata dia mendapat arahan dari langit. Bagaimanapun peguam tertuduh Hanif Hassan memohon pengakuan tertuduh ditolak dan tidak direkodkan. Justeru, mahkamah memutuskan Rasidi dihantar menjalani pemerhatian mental di hospital mental selama sebulan. Ahmad Nasfy mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 342(3) Kanun Acara Jenayah memandangkan buat masa ini tertuduh tidak berupaya untuk membela diri. “Setelah mendengar penjelasan daripada kamu (tertuduh) tentang kenapa kamu nak mengaku salah, mahkamah berpuas hati bahawa buat masa ini kamu tidak berupaya untuk membela diri. Jadi, pada masa ini mahkamah akan menghantar kamu ke hospital mental untuk pemerhatian,” katanya ketika membuat keputusan berkenaan. Ahmad Nasfy kemudian menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes itu. Terdahulu Rasidi, 32, mengaku bersalah dan faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh adik perempuannya Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Jan antara 7 dan 11 pagi. Dia menghadapi tuduhan kedua, ketiga dan keempat iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76, neneknya, Sufiah Katas, 80, dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor juga di Kampung Batang Rokan pada tarikh dan waktu yang sama. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili oleh Hanif dan Kamarulzaman Jusoh.
KUALA LUMPUR: Polis terpaksa mengambil masa kira-kira empat jam untuk memujuk seorang lelaki warga Iran berusia 25 tahun yang cuba terjun dari tingkat 25 kondominium Villa Putri di sini, semalam. Lebih mendebarkan apabila mangsa yang tidak mampu bertutur dalam bahasa asing berkeras untuk terjun kondominium berkenaan selepas kematian bapanya baru-baru ini. Berikutan itu, polis terpaksa menghubungi pihak Kedutaan Iran di sini, untuk menghantar penterjemah bagi berunding dan memujuk mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang juga seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini hilang pertimbangan sebelum mengugut akan terjun dari balkoni kondominium berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa yang baru seminggu berada di negara ini tertekan kerana kematian bapanya. “Kami mengambil masa lama kerana mengalami masalah berkomunikasi. Apapun, selepas mendapat bantuan seorang penterjemah dari Kedutaan Iran, kami berjaya memujuknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
CHENNAI, 3 Mac (Bernama) -- Seorang sami India terkenal, yang mempunyai ramai pengikut di India, Malaysia dan Amerika Syarikat, terlibat dalam skandal seks dengan seorang pelakon wanita terkenal Selatan India. Berita sensasi itu menimbulkan kemarahan di seluruh Selatan India selepas video tidak bertarikh itu dibocorkan kepada media massa di Chennai, di mana sami terkenal itu terlibat dalam aksi dengan pelakon itu. Saluran utama Sun News yang berpangkalan di Tamil Nadu, menyiarkan pendedahan itu tetapi tidak mendedahkan identiti pelakon wanita yang terlibat dengan wajahnya ditutup. Akhbar Tamil tempatan membayangkan wanita yang terlibat dalam adegan itu ialah anak kepada seorang lagi pelakon wanita Tamil Selatan India yang terkenal. Majalah Tamil dan akhbar-akhbar harian, yang menerbitkan berita itu, laris dijual di Chennai hari ini. Di bazar Burma yang terkenal di Chennai, vendor yang menjual pita video menerima permintaan tinggi apabila orang ramai yang ingin tahu berbaris untuk mendapatkan pita video itu, yang habis dijual hari ini, lapor akhbar-akhbar Tamil di bandar raya ini. Menurut saluran berita, sami itu, yang mempunyai ashram di beberapa tempat di Tamil Nadu dan Bangalore, dipercayai terlibat dalam hubungan seks rahsia dengan pelakon wanita itu. Sami itu dilaporkan berada di Amerika sekarang dan dijangka pulang ke India tidak lama lagi. Pelakon wanita itu kini berlakon dalam drama bersiri Tamil. Di beberapa kawasan Tamil Nadu, para perusuh merosakkan ashram sami itu dan melemparkan dengan kasut ke atas gambar dan posternya akibat marah. -- BERNAMA
Persis adegan filem Hindustan, seorang ‘heroin’ yang berlumuran darah terpaksa berlari meminta pertolongan daripada jiran sambil memegang tangannya yang cedera akibat ditembak teman lelakinya, seorang anggota polis sebelum jatuh pengsan akibat kehilangan banyak darah. Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam kelmarin, mangsa, G Prema, 24, terpaksa menahan kesakitan ketika berlari menyelamatkan diri, malah kesan titisan darahnya jelas kelihatan di sepanjang laluan pejalan kaki di tingkat 10 pangsapuri didiaminya. Sebelum itu, orang ramai yang berada di warung berhampiran Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, dikejutkan bunyi beberapa das tembakan, lalu bergegas ke lokasi bagi mengetahui punca kejadian. Saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Rizal, 30, memberitahu, ketika kejadian dia dan beberapa rakannya berehat di bahagian bawah pangsapuri berkenaan dan terkejut apabila mendengar tembakan.
“Pada mulanya saya hanya menyangka ada penghuni meraikan majlis sambutan dan bunyi itu daripada mercun yang dibakar. “Namun tidak lama kemudian, saya terdengar jeritan seorang wanita dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku,” katanya. Harian Metro difahamkan wanita terbabit pengsan sebaik tiba di hujung laluan pejalan kaki di tingkat 10 pangsapuri itu sebelum dibantu orang ramai. Mangsa dipercayai terkena dua das tembakan yang dilepaskan teman lelakinya sebelum cuba menyelamatkan diri dan meminta pertolongan jiran. Difahamkan sebelum kejadian, konstabel terbabit yang berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini, dikatakan berselisih faham dan bergaduh dengan anggota keluarga teman wanitanya. Suspek dipercayai turut bergelut dengan anggota keluarga teman wanitanya menyebabkan dia cedera pada beberapa bahagian tubuh.
Abang mangsa, G Devandran, 25, juga dilaporkan mengalami cedera ringan di kepala akibat terkena serpihan peluru. Suspek bersama kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. Harian Metro difahamkan, selepas kejadian itu, suspek dipercayai cuba membunuh diri dengan meminum racun rumpair, tetapi digagalkan polis yang berkejar ke tempat kejadian selepas dimaklumkan orang awam. Difahamkan, suspek dan mangsa yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, bergaduh kerana beberapa masalah peribadi sebelum anggota polis terbabit melepaskan tembakan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohamad Sabtu Osman, ketika ditemui mengesahkan kejadian dan memberitahu kes itu kini dalam siasatan.
“Suspek adalah konstabel sokongan dan berkhidmat selama lapan tahun di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan belum tetap perkhidmatannya,” katanya. Beliau berkata, suspek bertengkar dengan mangsa sebelum melepaskan empat das tembakan yang mengenai wanita dan abangnya di rumah mereka di Pangsapuri PPR Kerinchi. Prema cedera di dagu kanan dan jari kiri, manakala Devandran, cedera ringan di kepala akibat terkena serpihan peluru. Suspek ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. -HM
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengalami kerugian lebih RM400,000 apabila kediamannya dipecah masuk dipercayai oleh tiga lelaki Indonesia di Taman TAR, Ampang Jaya pada Ahad. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.30 pagi dan mangsa telah menghubungi polis dua jam kemudian. "Siasatan awal mendapati suspek-suspek itu memasuki rumah mangsa melalui pintu pagar besi (grill) yang telah diumpil. "Lokasi rumah yang terpencil dan tiada kawalan (guard) mahupun CCTV (kamera litar tertutup) menyebabkan mangsa dan keluarga tidak menyedari kediaman mereka dimasuki," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Abdul Jalil berkata Syed Ali bersama isteri, dua orang anak serta seorang pembantu rumahnya yang sedang tidur semasa kejadian, tidak dicederakan. Selain barang kemas bernilai kira-kira RM400,000, beliau berkata mangsa turut kehilangan wang tunai RM10,000 yang disimpan di dalam peti besi di biliknya. "Polis sedang mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek yang mana kita percaya mereka ini adalah saki-baki dari kumpulan Geng Rantau yang terlibat dalam kejadian samun dan pecah masuk rumah di sekitar Lembah Klang," katanya.
-- BERNAMA
Ex-landlady the latest to step forward to help keropok seller
“After staying here for a while, he left and since then has not come back,” she added. The story of Ah Fook’s ex-landlady is also inspiring. She owns a few houses adjacent to each other and provides shelter for underprivileged and disabled persons. Ah Fook’s childhood friend, who only wished to be known as Paul, said if Ah Fook agreed to move in at his ex-landlady’s house, he would pay the rent and other expenses. It may take some prodding before Ah Fook agrees to move in at his former place. “I do not wish to trouble anyone. I prefer to be independent,” Ah Fook said when met yesterday.- newsdesk@thestar.com.my
Cerita tragis duda tanpa anak itu tidak berakhir di situ. Mohd. Shah baru sahaja menefon ibunya, Misnah Kasri, 61, dua hari sebelum kejadian. “Saya tidak sangka kejadian ini boleh berlaku. Kami sekeluarga rindu menatap wajahnya selepas tiga tahun dia tidak balik ke Malaysia,” luah adik bongsu Allahyarham, Mohd. Fairuz, 32. Menurut Fairuz, terlalu banyak memori indah ditinggalkan Mohd. Shah kerana Allahyarham sangat penyayang pada keluarganya. Meskipun Mohd. Shah menetap di Australia sejak 20 tahun lalu, anak kedua daripada lima beradik tidak mudah lupa diri. “Dia seorang lelaki yang cukup kuat semangat, tidak mudah putus asa dan dia mahu setiap perasaan gembiranya dikongsi ahli keluarga terutama ibu dan bapa saya. “Segala kemewahan yang dimiliki tidak pernah melunturkan ingatan Abang Shah pada keluarganya,” katanya dalam nada sedih ketika ditemui Jurnal di Air Molek, Jasin baru-baru ini. ALLAHYARHAM Mohd. Shah sentiasa berkongsi rasa gembira bersama keluarganya.
Masakan ibu
Mohd. Shah dibesarkan di Kampung Tambak Paya dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Paya sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Tun Perak. Selepas tamat pendidikan menengah, Allahyarham melanjutkan pelajaran di Akademi Laut Malaysia (Alam) di Kuala Sungai Baru. Misi perantauan Mohd. Shah ke Tasmania menemukannya dengan seorang wanita negara itu yang dikenali dengan nama Islamnya, Jamalina Abdullah, 58. Selepas mendirikan rumah tangga pada 1990, Allahyarham mengambil keputusan untuk menetap di Sydney dan ketika itu dia bekerja di Rumah Orang-Orang Tua di negara itu. Perkahwinan Allahyarham dan Jamalina bagaimanapun berakhir pada 2007 tanpa dikurniakan cahaya mata. Selepas 17 tahun bekerja di rumah kebajikan masyarakat tersebut, Allahyarham mengambil keputusan untuk berhenti lalu bekerja sebagai pemandu Konsulat Malaysia di Sydney pada 2007 sehingga akhir hayatnya.
Bekas isteri
“Jika tidak suka sesuatu dia akan diam, namun tidak sesekali ‘tarik muka’. “Saya percaya tidak semua orang mampu mengawal perasaan seperti Abang Shah. Tetapi dia boleh dan sebab itu semua sayang dengan dia,’’ kata Fairuz. Fairuz berkata, keluarganya tersentuh kerana Jamalina meluangkan masa singgah ke rumah keluarganya untuk menyampaikan ucapan takziah. “Saya percaya Abang Shah merupakan lelaki dan suami yang baik, sebab itu walaupun sudah berpisah, Kak Ina tetap datang ke rumah untuk melawat keluarga kami selepas mengetahui Abang Shah mati dibunuh,” katanya lagi. Sementara itu bapanya, Saemin Mongjin berkata, dia tidak sesekali akan memaafkan pembunuh itu sampai bila-bila. Katanya, dia percaya anaknya merupakan seorang lelaki yang baik dan menghormati orang lain malah jauh sekali untuk membuatkan orang marah padanya. “Saya reda dengan apa yang berlaku, cuma dalam hati ini sukar untuk saya memaafkan penjenayah yang membunuh Mohd. Shah tanpa belas kasihan,” katanya.
Tambah Saemin, Allahyarham dalam perbualan terkakhirnya sempat memberi tahu dia akan berhari raya di Melaka pada September ini. Saemin, 71, yang juga bilal Masjid Kampung Tambak Paya berkata, dia tetap bersyukur apabila penjenayah yang melakukan pembunuhan kejam itu berjaya diberkas polis Australia. “Saya harap si pembunuh itu menerima balasan yang setimpal seperti apa yang dilakukannya terhadap anak saya,’’ katanya Saemin. Mayat Allahyarham yang tiba di tanah air lewat Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Tambak Paya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan. “Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu. IBU mangsa, Siti Nurhanim Aziz dan datuknya, Aziz Sahar menunggu jenazah kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bahru, semalam.
“Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam. “Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya semalam. Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam. “Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.
“Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa,” katanya. Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya. Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan. Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya. Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu. Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.//bharian
KUALA LUMPUR: Mereka rela bekerja sebagai gadis urut kerana mahukan wang lumayan dengan cara mudah tanpa mengira halal haram, namun impian itu tidak kesampaian selepas terperangkap dengan kontrak disediakan tauke rumah urut.
TERTIPU...tukang urut melayan pelanggan.
Perkara itu didedahkan seorang gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Camelia, 27, selepas menyesali perbuatannya dan berasa diperbodohkan oleh majikan sepanjang bekerja sebagai tukang urut.
Dia kini melarikan diri daripada bekerja di premis rumah urut berkenaan dan mahu mencari pekerjaan lain.
Camelia berkata, ketika diterima bekerja, dia diwajibkan menandatangani kontrak bekerja selama 10 bulan dengan merelakan gaji dipotong sebanyak RM400 sebulan, sekali gus membolehkan si tauke memperoleh untung atas angin sebanyak RM4,000.
“Saya tidak diberitahu secara khusus mengenai potongan wang gaji itu kerana di dalam kontrak tidak pula ditulis alasannya, malah salinan kontrak yang ditandatangani tidak diberi.
“Yang saya faham, ia sebagai persediaan jika premis diserbu atau saya ditahan pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam, polis atau pihak berkuasa tempatan.
“Wang potongan bulanan itu digunakan untuk membuka semula perniagaan atau menjamin saya. Sebab itu banyak rumah urut yang diserbu dan ditutup boleh buka semula sebab mereka ada wang yang diperah daripada tukang urut,” katanya.
Selain dipotong RM400, kontrak berkenaan memerlukan wanita terbabit merelakan apa saja potongan yang dibuat.
“Jika premis kena samun atau rompak, gaji kami kena potong sekitar RM100 hingga RM150. Jika lewat datang kerja sejam kena potong RM100 dan jika tidak datang kerja gaji kena potong antara RM200 hingga RM300. Dari semasa ke semasa ada saja potongan gaji yang dikenakan ikut suka hati mereka,” katanya.
Menurutnya, beberapa syarat dikenakan juga tidak masuk akal, antaranya jika sakit perlu datang ke premis untuk tempoh lebih dua jam bagi membuktikan benar-benar sakit.
“Paling saya takut, jika tidak bekerja sehingga tamat kontrak, tauke akan cari sehingga ke rumah dan melakukan lagak seperti samseng. Ada rakan yang lari pernah kena begitu. Sekarang saya takut juga kerana melarikan diri daripada bekerja di premis itu,” katanya.
Camelia yang hanya bekerja tiga bulan berkata, tidak sukar bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan kerana hanya perlu menandatangani kontrak dan belajar urut ala kadar sebelum bekerja.
“Kami digalak melakukan khidmat urut batin kerana mampu memberi lebih keuntungan kepada tauke dan pada masa sama diri sendiri. Jika urut biasa untuk tempoh sejam berharga RM50 hingga RM60, saya hanya mendapat RM15 dan selebihnya milik tauke.
“Jika urut batin, daripada bayaran RM50 yang dikenakan kepada pelanggan, saya cuma diberi RM20, bakinya tauke ambil. Jika ramai pelanggan, banyaklah gaji saya, tetapi sama ada gaji banyak atau sedikit, tauke tetap untung kerana potongan gaji yang dikenakan,” katanya.
Seorang lagi bekas gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita, 20, berkata tauke rumah urut berani membuka perniagaan itu kerana mampu beroleh untung besar.
“Bayangkan, jika seorang pekerja dipotong RM400, berapa banyak tauke boleh dapat. Itu tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada pelanggan. Jika ada banyak premis, lagi banyak untung,” katanya.
Rozita mendakwa, sebab itu sehingga hari ini premis rumah urut tidak pernah surut.
“Tukang urut diperah habis-habisan. Ada yang berani mengambil tukang urut di bawah 21 tahun dan diletakkan di lokasi yang kononnya selamat daripada serbuan.
“Apa pun, tauke tak susah sebab kalau kena serbu, barang kena rampas, bilik kena pecah dan pekerja kena tahan, tauke ada wang untuk memulakan perniagaannya semula. Semua wang yang dipotong hasil titik peluh tukang urut,” katanya.
Rozita mengakui menyesal bekerja sebagai tukang urut dan menasihati wanita lain supaya tidak melakukannya.
“Memang pekerjaan itu kononnya boleh dapat banyak wang, tetapi kita sebenarnya dipergunakan habis-habisan,” katanya. - metro
KUALA LUMPUR: “Bukan niat saya mahu mengaib atau membuka pekung tapi sekadar ingin membetulkan kenyataan bahawa tidak akan ada majlis persandingan di rumah saya kerana perkahwinan itu tidak pernah mendapat restu saya,” kata Jamaliah Hasan, ibu kepada isteri penyanyi popular era 80-an, Shidee yang bersanding, Sabtu lalu.
BUKTI...Jamaliah menunjukkan laporan Harian Metro dan laporan polis yang dibuat.
“Saya langsung tak marah atau terkilan apabila dia berkahwin dengan anak saya, malah hati saya sudah tertutup selepas mengetahui siapa sebenarnya Shidee. Dia bukan lelaki yang boleh menjadi suami yang baik.
“Sebelum ini memang hubungan kami akrab, malah saya yang banyak membantu serta menyokong dia terutama dari segi kewangan. Dia juga pernah mengakui keluarga saya umpama keluarganya sendiri dan mahu menjadi ketua keluarga kami (dengan mengahwini Jamaliah),” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.
Menurutnya, dia mengenali Shidee sejak empat tahun lalu menerusi Kelab Pendengar Radio Malaysia dan pada mulanya, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu dilihat mahu membimbing keluarganya.
“Dia membimbing tiga anak saya solat dan mengaji al-Quran, malah anak saya memanggilnya dengan nama ‘papa’ atau ‘uncle’. Dia juga pernah menumpang di rumah saya di Bukit Beruntung dan membantu saya menjalankan beberapa perniagaan.
“Bagaimanapun, selepas perniagaan saya lingkup gara-gara tabiat judinya, saya mula rimas ditambah pula dengan hubungan ‘lain macam’ dia dengan Fairunnisa terutama selepas anak bongsu saya itu menyambut hari jadi ke-22 pada September lalu,” dakwanya.
Tidak suka dengan perubahan sikap Shidee yang terlalu mengawal kehidupannya sekeluarga, Jamilah berkata, dia mengambil keputusan membawa tiga anaknya berpindah ke Bandar Tun Razak, di sini, sejak 10 Disember lalu, kerana tidak mahu ada kaitan lagi dengan penyanyi berkenaan.
“Bagaimanapun, Fairunnisa keluar dari rumah sehelai sepinggang pada 21 Januari lalu tanpa pengetahuan saya atau abang dan kakaknya untuk bertemu dan seterusnya berkahwin dengan Shidee.
“Ibu mana tidak terkilan apabila anak yang disayangi berkahwin tanpa pengetahuannya, tidak ada rombongan merisik atau majlis peminangan, malah hanya dimaklumkan dua hari sebelum bernikah. Itupun saya mendapat kata dua daripada seorang rakan Shidee bahawa saya tiada hak menghalang pernikahan itu,” katanya yang membuat tiga laporan polis sebelum menerima kata dua itu berhubung kehilangan Fairunnisa.
Ibu tunggal itu turut mempersoalkan bagaimana Shidee yang tidak bekerja dan sebelum ini hanya mengharapkan wang daripadanya mahu menyara keluarga.
“Harapan saya ialah meminta dia menjaga anak saya dengan baik dan kalau ada apa-apa (masalah), jangan harap (bantuan) saya,” katanya.
Akibat ketagih dadah, seorang abang sanggup mengugut membunuh adiknya dengan pisau pemotong daging.
BERANANG: Lebih mencemaskan, dia menjadikan adik perempuan berusia 21 tahun itu sebagai tebusan lebih dua jam dalam kejadian di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma di sini, semalam, selepas ayah mereka enggan memberi wang untuk membeli dadah.
Walaupun si adik menangis dan meraung ketakutan, lelaki berusia 22 tahun itu tidak mengendahkannya dan terus meletakkan pisau di leher gadis itu.
Difahamkan, suspek yang terlalu panik dengan kehadiran pihak berkuasa terbuang air besar hingga menyebabkan lantai ruang tamu rumahnya dipenuhi najis.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood berkata, polis menerima panggilan kecemasan jam 10 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba, seorang lelaki didapati sedang memeluk adiknya menggunakan tangan kiri manakala sebelah tangan lagi memegang pisau pemotong daging yang diletak rapat di leher gadis itu.
Mohd Shakaruddin berkata, punca lelaki terbabit bertindak demikian kerana bapanya enggan memberikan wang diminta untuk membeli dadah.
Katanya, polis dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan Mantin terpaksa memecahkan kunci mangga yang dipasang di pintu jeriji rumah terbabit.
“Pegawai polis terpaksa berunding dengan suspek lebih dua jam untuk memujuknya membebaskan adik yang dalam keadaan terlalu takut.
“Bapa suspek yang berusia 54 tahun terlebih dulu dikeluarkan dari rumah itu bagi memudahkan proses rundingan. Hasil pujukan, lelaki itu akhirnya menyerahkan pisau pemotong daging yang dipegang sebelum membebaskan adiknya.
“Rundingan itu berjaya menyelamatkan adiknya daripada terkorban dan suspek ditahan jam 1.30 tengah hari,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki terbabit penagih dadah tegar jenis heroin dan ketika kejadian dalam keadaan gian.
Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini ditahan di Balai Polis Beranang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.
“Adiknya yang calar di lengan kiri dikejar menggunakan ambulans ke klinik berhampiran untuk rawatan,” katanya.
Jiran mangsa, Hamidah Ibrahim, 35, berkata dia mendengar jeritan lelaki terbabit memarahi bapanya kira-kira jam 8 pagi semalam.
“Selepas mendengar suara itu, lelaki terbabit mengunci jeriji dari dalam rumah.
“Lelaki itu berterusan memarahi bapanya kerana enggan memberinya wang. Saya juga terdengar jeritan adik perempuannya,” katanya.
Difahamkan, selain mengugut untuk membunuh adik perempuannya, lelaki terbabit turut mengancam membunuh diri dengan meminum racun rumpai. -metro
KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan sebuah laptop (komputer riba kecil) bernilai RM1,500 pemberian suami biarpun cedera parah di muka hingga terpaksa menjalani pembedahan hidung apabila diseret dua lelaki yang meragutnya kelmarin.
Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku berhampiran sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) miliknya di Taman Setiawangsa di sini apabila mangsa yang dikenali sebagai Maizura, 36, yang baru keluar dari kereta bersama seorang pembantunya didatangi dua lelaki bersenjatakan sebilah pisau.
Selepas itu, salah seorang lelaki tersebut bertindak mengacu senjata itu pada leher pembantunya berusia 23 tahun manakala seorang lagi meragut beg tangannya yang mengandungi komputer riba jenama Hewlett Packard (HP) yang dibawanya.
Enggan menyerah kalah, Maizura yang begitu sayangkan komputer riba tersebut kerana dihadiahkan suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada 14 Februari lalu, bertindak melawan suspek hingga berlaku pergelutan. - kosmo
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI8 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros16 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20223 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH8 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN8 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa10 years ago
-
15 tanda kematian mulia11 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)










