April 10, 2010 — Umno memang juara dalam menyusahkan rakyat.
April 08, 2010 — Setelah diasak bertubi-tubi oleh ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, jawapan Ahmad mendedahkan pembangunan yang dilaksanakan di bandaraya ini menjadikan ekuiti orang Melayu Islam semakin mengecil dan berkurang.
April 07, 2010 — ADUN Ajil Dato Rosol Wahid menyokong supaya program pembangunan eko-pelancongan di Tasik Kenyir dikaji semula khususnya pembelian bot bagi program Island Hopping yang berharga RM2 juta.
April 07, 2010 — Dr. Alias Razak mendedahkan kepada sidang DUN, pelbagai projek yang dirancang kerajaan menghadapi risiko menjadi program gajah putih.
April 06, 2010 — Ucapan Perbahasan Titah Perasmian ADUN Bukit Payung yang juga Ketua Pemuda PAS Ustaz Mohd Nor Hamzah
April 05, 2010 — Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mempersoalkan kejadian bangunan yang runtuh dan lain-lain kecuaian kerajaan negeri Terengganu
ADUN Batu Burok mengemukakan usul membahaskan isu royalti pada Sidang DUN 6 April, 2010, Ususl tersebut ditolak dengan alasan isu royalti sedang dalam perundingan
Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika (INOS-AKUATROP)di Terengganu, tanpa ribut, taufan dan gegaran, runtuh pada jam 5.15 petang, 29 Mac, 2010
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rakyat Terengganu patut berterimakasih kepada PAS kerana mereka telah mendapat wang Ehsan RM300 setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999.
PAS Terengganu berikrar akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan berazam untuk mengambil alih pentadbiran negeri Terengganu pada pilihanraya umum akan datang.
Rhu Rendang, MARANG – Pencapaian PAS Marang setelah 25 tahun penubuhannya di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang cukup cemerlang, dengan hanya mengalami dua kali kekalahan setelah 12 kali pilihanraya umum diadakan. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata (Parlimen) Marang yang berasal dari Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi PAS sejak tahun 1959. ”Pencapaian sangat baik, untuk makluman, Marang yang berasal dari DUN, DUN Marang kita menang sejak 1959 hingga tahun 1982, cuma kita kalah pada tahun 1964 dan tahun 1978,”katanya ketika menjawab pertanyaan pihak media selepas Majlis ceramah sempena Sambutan Jubli Perak PAS Marang.
Sementara itu Dato' Seri Azizan Razak yang di temui pada majlis Sempena Jubli Perak Pas Marang semalam berkata yang bermasalah di negeri Kedah adalah Umno bukan mya PAS seperti yang digambarkan. Katanya lagi, Umno Kedah bermasalah kerana wujudnya kem-kem dikalangan pimpinan mereka.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lalu atau proses pelepasan gas tektonik. Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas, berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980 an ketika proses pengisian air empangan berkenaan. Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. "Jadi gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lalu, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu," katanya ketika dihubungi hari ini "Kes semalam adalah kes yang pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian semalam," katanya. Rosaidi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah. - Bernama
Pengkalan Berangan, MARANG – PAS mengucapkan takziah atas ‘pemergian’ Allahyarham Ghazali Mohd, 63, dikenali ramai sebagai ‘Pak Su Li’, seorang aktivis dan ‘orang lama’ yang menggerakkan PAS Kawasan Marang, bermula sejak tahun 60-an lagi. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah tersebut ketika menziarahi keluarganya di sini, hari ini, Khamis, 11 Mac. ”Kita (PAS) ucapkan takziah kepada keluarganya, beliau adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan (Marang) sejak tahun 60-an lagi,”ujar beliau ketika ditemui selepas mengimamkan solat jenazah di Masjid Kampung Temala, disini. Allahyarham Ghazali Mohd sekeluarga mengalami kemalangan apabila kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza yang dipandunya bertembung dengan treler di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, dekat Kampung Binjai Rendah, Marang, semalam, Rabu 10 Mac..baca selanjutnya disini
baca berita sebelum ini.
Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa di tahan polis
KUALA TERANGGANU 2 MAC - Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meroboh rumah rakyat miskin di Kuala Terengganu dianggap zalim dan tidak berikemanusiaan. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Terengganu Muzafeq Affyulzaifuzam Muhammad berkata kerajaan Umno-BN tidak melindungi hak warga miskin tetapi sebaliknya menindas mereka. Pagi tadi Timbalan Ketua AMK Pusat Fariz Musa ditahan oleh pihak polis kerana menghalang kerja meroboh rumah di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu. Fariz yang juga Ketua AMK Terengganu dikatakan yang berada di dalam sebuah rumah bersama pemilik rumah semasa kerja meroboh dijalankan kakitangan Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah mengalami kecederaan di bahagian kepala kerana di timpa bumbung rumah manakala pemilik rumah tidak mengalami kecederaan. Kira-kira pukul 10 pagi tadi sebanyak 10 buah rumah telah di robohkan yang menyifatkan tanah yang diduduki oleh penduduk kampung tersebut sebagai tanah setinggan.
Tanah tersebut telah diwartakan sebagai tanah haram selepas pemerintahan PAS pada tahun 1999.
Sebelum ini Ikatan Anak Watan Darul Iman (IKHWAN) telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bagi melanjutkan tempoh notis yang diterima penduduk pada 28 Februari 2010 bagi mengelakkan diroboh. Memorandum tersebut merayu agar empat keluarga yang tidak mampu menyediakan wang deposit rumah dan juga untuk menyewa rumah diberi tempoh. Ini kerana keluarga terbabit hanya menerima zakat sebanyak RM250 sebulan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan. Muzadeq ketika dihubungi memberitahu sehingga hari ini IKHWAN masih belum menerima jawapan dari Menteri Besar berkenaan memorandum tersebut. "Saya kesal kerana Menteri Besar tidak mengambil apa-apa tindakan malah jawapan dari memorandum yang kita hantar pun belum ada jawapan "Kita bukannya nak halang dari merobohkan rumah tersebut tetapi minta tempoh dilanjutkan agar empat keluarga yang tak mampu dapat dapat diberikan rumah," jelas beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung IHKWAN. Empat buah keluarga telah kehilangan harta benda disebabkan kerja meroboh dan mereka yang hanya tingga sehelai sepinggang hanya menunggu di tepi jalan memerhati rumah mereka diroboh.
Tasik Kenyir, HULU TERENGGANU - Projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir tersasar lagi apabila pekerja warga asing yang mengendalikannya. Sasaran utamanya kepada para nelayan, golongan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Siswazah. Namun begitu, tinjauan Buletin ke lokasi ternakan di Sungai Como mendapati lapan pekerja asing warga Bangladesh sedang bekerja. Saudara Rohido Islam, 30, berkata lapan dari 35 orang pekerja ternakan ikan tersebut di kalangan pekerja ‘bangla’. Katanya, pekerja Melayu hanya datang pada waktu siang hari dan pulang petang tanpa bermalam. “Kami semua pekerja di sini (ternakan) seramai 35 orang dan lapan orang adalah warga Bangladesh. “Kami siang malam ada di sini (sangkar) dan semua pekerja Melayu balik rumah masing-masing,” jelasnya. Menurutnya, sebanyak 2000 sangkar baru dibina sejak setahun lalu dengan peruntukan baru.
Katanya, beratus-ratus buah sangkar yang dibina peringkat awal sejak dua tahun lalu telah rosak. Bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menyifatkan projek ternakan ikan sangkar di Sungai Como gagal. Katanya, projek pertama ternakan di kawasan seluas 2,800 hektar telah kerugian RM50 juta. “Dulu projek pertama (ternakan) Sungai Como wang rakyat telah dibazirkan RM50 juta. “Buat kali kedua, tambah lagi peruntukan dan berapa puluh juta pula wang rakyat hendak dibelanjakan,” ujarnya. Projek tersebut antara 39 Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) yang pernah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Januari 2007. Tinjauan dibuat mendapati sangkar ikan yang dikatakan akan diusahakan oleh 25 orang graduan bersama sekumpulan peserta PPRT langsung tidak kelihatannya.
Sura, DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli meraikan warga emas di Rumah Kebajikan Tian See yang terletak dibelakang Tokong Hong Tian di Kampung Bijangga, dekat sini. Enam orang yang telah lanjut usia dan kurang bernasib baik itu, diberikan sumbangan ‘angpau’ serta bantuan makanan sempena Tahun Baru Cina. Bantuan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Wan Hassan yang menziarahi Rumah Kebajikan tersebut, semalam 27 Februari. Beliau yang ditemui selepas majlis ringkas diperkarangan Rumah Kebajikan tersebut berkata, sudah menjadi kewajipan kita sesama insan tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain, tanpa mengira bangsa dan ugama. “Menjadi tanggungjawab saya membantu rakyat yang kurang bernasib baik, tidak kira apa bangsa dan ugama, ia termasuk perkara yang disuruh dalam ugama Islam,
“terutama pada hari baik, Tahun Baru Cina, semoga sedikit bantuan itu dapat mengurangkan beban kehidupan mereka,”katanya. Sehubungan itu, Pengerusi Tokong Hong Tian, Encik Chee Boon Tiong melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana YB Wan Hassan sudi singgah dan melawat Rumah Kebajikan tersebut. Menurutnya, beliau memang sudah kenal kepada Wan Hassan sejak menjadi Exco kerajaan negeri ketika PAS memerintah pada tahun 1999 hingga 2004. ”Baguslah itu, bagus, saya kenal, YB kita kenal (dia), dulu dia pegang dah (wakil rakyat) sekali, “Saya suka dan ucap terima kasih kepada Haji (Wan Hassan) yang datang melawat sini, walaupun dalam keadaan beliau sibuk,”kata Encik Chee.
Buletinonline
Menurutnya, ‘tauke’ (kontraktor) yang membina Pulau Burung adalah seorang Tionghua yang berasal dari Kijal, Kemaman, dipanggil dengan nama ‘glamour’ sebagai ‘AYam’ sahaja.
Ketika dihubungi, seorang Usahawan di daerah Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim mengesahkan ‘AYam’ atau nama sebenarnya Ang Chin Yang adalah pemilik syarikat Telok Kalong Construction Sdn Bhd.
Kata Haji Zulkifli, antara lainnya, syarikat tersebut mengusahakan perusahaan ‘bata ukir’ dan memang dikenali mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said.
”Ada tiga orang peniaga Cina yang diketahui ramai mempunyai hubungan baik dengan MB, AYam, AGu dan Tikus,”kata Haji Zulkifli.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, program pembangunan baru bernilai RM289 juta yang akan dilaksanakan di Tasek Kenyir adalah serupa dengan pembangunan Pulau Wan Man.
Katanya zaman kerajaan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh, kerajaan negeri membazirkan wang rakyat sebanyak RM249.7 juta untuk membangunkan Taman Tamadun Islam.
”Zaman Dato’ Idris pembangunan Pulau Wan Man RM249.7 juta, zaman Dato’ Ahmad Said, pembangunan Tasek Kenyir RM289 juta, sama saja,
”Dua-duanya projek yang tidak memberi manfaat yang banyak kepada rakyat,”ujarnya
Menurutnya, kesemua projek yang disenaraikan dalam jawapan bertulis Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Disember lalu, belum dilaksanakan.
Bahkan, beliau berkata, ada yang masih dalam peringkat ‘soil test’ (ujian tanah) dan belum diketahui samada sesuai atau tidak. Namun begitu, katanya, peruntukan daripada bajet negeri telah dibuat pada tahun 2009.
”Semuanya (projek) belum dilaksanakan, sebagai contoh, Pulau Anggur, masih peringkat ‘soil test’ yang dilaksanakan oleh ‘consultant’ dari Thailand,
”Kecuali Pulau Burung, yang sedang dalam pembinaan, tapi peruntukan telah diluluskan pada tahun lalu,”jelasnya yang mengadakan tinjauan ke Tasek Kenyir baru-baru ini.
Menurut catatan pada buku Jawapan Kepada Soalan Bertulis, Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke 12 pada 21 hingga 23 Disember lalu, sebelas projek disenaraikan bagi pembangunan baru Tasek Kenyir sebagaimana lampiran dibawah;
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI8 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros16 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20223 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH8 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN8 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa10 years ago
-
15 tanda kematian mulia11 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




