ADUN Batu Burok mengemukakan usul membahaskan isu royalti pada Sidang DUN 6 April, 2010, Ususl tersebut ditolak dengan alasan isu royalti sedang dalam perundingan
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok. Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi. "Sebentar tadi saya telah bangun dalam dewan dan mengemukakan peraturan mesyuarat 36(12) yang meminta penjelasan daripada yang dipertua dewan dan ahli parlimen yang pada anggapan saya telah melakukan penelewengan fakta pada 4 November tahun 2009." katanya yang juga Naib Presiden PAS. Menurutnya, Perdana Menteri dalam jawapannya berhubung isu royalti tahun lalu menggunakan istilah wang ehsan sedangkan terbukti dalam surat Petronas kepada pegawai kewangan Negeri Terengganu pada tahun 1979, jelas menggunakan bayaran royalti, bukan wang ehsan. Ujarnya juga, surat Petronas kepada Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyebut wang royalti. “Perdana Menteri telah mengunakan perkataan wang ehsan dalam isu tuntutan royalti dan telah menyelewengkan dewan,” katanya. Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok. Pada masa yang sama, Najib diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu. "Dewan boleh merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan maka tadi saya berdiri dan memberi tempoh selama tujuh hari kepada Perdana Menteri untuk membuat penjelasan," katanya. Najib ketika perbahasan berhubung isu tuntutan royalti Petroleum Kelantan di Dewan Rakyat pada 4 November lalu menggunakan mendakwa Terenganu hanya diberikan wang ehsan.
Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Tengku Seri Paduka Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin (Ku Duka) telah melancarkan kempen tersebut sempena Dialog Perdana Isu Royalti & Solat Hajat yang di adakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) 18 Mac 2010
Solat Hajat memohon keberkatan dari Allah SWT, agar seluruh rakyat negeri Terengganu dicucuri rahmat dan dikembalikan semula wang pembayaran royalti telah didirikan oleh 500 jamaah di Masjid Tengku tengah Zaharah (Masjid Terapung) disini semalam 18 Mac 2010
KUALA TERENGGANU – Majlis Pemuafakatan Rakyat negeri Terengganu (MAMPAT) dukacita dan terkilan dengan agensi berita Bernama yang telah menyiarkan berita yang tidak tepat. Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah berkata wartawan Bernama telah membuat pemberitaan songsang (distorted reporting) berkenaan program Dailog Royalti Perdana yang akan diadakan pada hari ini 18 Mac, 2010. ”Bernama telah melaporkan laporan yang tidak tepat yang telah diselewengkan faktanya, pihak kami merasa kecewa diatas kenyataan tersebut yang telah memberikan gambaran yang tidak betul kepada program yang akan kami anjurkan,”kata Fauzi dalam sidang media lewat malam semalam. Katanya, Mampat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bernama diatas laporang menyeleweng (misleading) yang dibuat oleh Bernama yang telah menyebabkan ‘salah tanggap’ terhadap Mampat. Beliau menegaskan dailog tersebut akan diteruskan, bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku tengah Zaharah (Masjid terapung Kuala Ibai). ”Dailog Perdana yang akan diadakan akan diteruskan, dimana akan dimulakan dengan solat hajat, ”(kemudian) diteruskan dengan majlis dialog yang akan diadakan di TER (Terengganu Equestrian Resort) pada pukul 9.00 malam,”jelasnya....baca seterusnya
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya semakin tersepit dengan isu royalti minyak mereka nafikan keatas negeri Terengganu dan Kelantan. Satu demi satu ‘tembelang’ Umno tentang hak Terengganu dan Kelantan menerima 5% bayaran royalti ‘pecah’, dan kini rakyat sudah tahu pembohongan Umno. ”Tengoklah duit royalti tu, belit bukan main….. mula boleh, masa PAS perintah (Terengganu) kena tarik, hari ni tak boleh (royalti), boleh wang ehsan,”kata Exco Kerajaan negeri Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Dungun, semalam. Dato; Nik Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, ada seorang professor di universiti mengatakan Akta Pembangunan Petroliam (PDA) adalah tidak sah, kerana ada ordinan darurat. Sekiranya diterima begitu, Petronas adalah tidak sah dan haram kerana Petronas ditubuhkan dibawah akta PDA.
Puisi: Royalti bukan Ihsan - dibaca oleh Cikgu Ibrahim bin Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tumpat pada 25 Feb 2010 di Pantai Geting, Tumpat.
Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya ada menerima risalah berkenaan sejak seminggu lalu terutama selepas Tengku Razaleigh berucap pada satu forum mengenai isu pertikaian wang royalti di sini bulan lalu.
“Ya, memang risalah itu telah diedarkan... ramai guru dapat risalah yang memburuk-burukkan Tengku Razaleigh. Bahkan ramai juga murid-murid yang dapat risalah ini,” kata seorang guru sebuah sekolah yang terletak di Kota Baru.
“Kalau tak silap saya, risalah ini keluar tidak berapa lama (hari) selepas Tengku Razaleigh mengadakan ceramah royalti di stadium (bulan lalu),” kata guru berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan.
Dia memberitahu ada pihak tertentu yang telah menghantar risalah berkenaan ke sekolah untuk diedarkan kepada tenaga pengajar dan murid-murid.
Seorang pemimpin Umno bahagian ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan mengedarkan risalah ini ketika ceramah royalti anjuran Umno Jumaat ini.
Ceramah akan disampaikan oleh Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Risalah itu memuatkan pandangan Tengku Razaleigh bulan lalu dan juga ketika di Parlimen pada tahun 2000 dengan tajuk besar "Ku Li tipu rakyat, Tok Guru Kena Tipu Pulak!"
Gambar Tengku Razaleigh dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dimuatkan pada risalah itu.
Sementara itu rakan kepada guru tersebut pula memberitahu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seolah-olah telah dipergunakan untuk memainkan peranan tersebut.
“Sebab pegawai-pegawai dari JPN bahkan PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) ada bercakap pasal ini. Kalau hendak dikira itu tidak berkait langsung dengan bidang mereka,” kata guru berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Awi.
Sambil itu beliau memaklumkan satu pertemuan dinamakan Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) telah diadakan di salah sebuah hotel dekat sini 1 Feb lalu.
Perkara yang disentuh pada pertemuan tidak pasti tetapi ia dihadiri oleh Mustapa sendiri.
Difahamkan selepas persidangan berkenaan satu perjumpaan khas Mustapa bersama pegawai JPN dan pengetua-pengetua sekolah turut diadakan.
“Pada perjumpaan khas itu memang ada bercakap pasal royalti. Setakat itu saja dapat saya beritahu. Dan, pengedaran risalah memburuk-burukkan Ku Li itu memang ada.
“Orang tengok pun pelik kan, majlis guru-guru atau Jabatan Pendidikan tapi Tok Pa (Mustapa_ yang hadir. Kalau orang tahu nampaklah agenda politik,” katanya.
Susulan ceramahnya dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan Tengku Razaleigh telah dilabelkan oleh Umno Kelantan sebagai menentang arus selain menyimpan agenda tersendiri.
Pemuda Umno Kelantan telah menggesa bekas pengasas dan pengerusi Petronas itu melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) menyertai PAS atau Pakatan Rakyat.
Tengku Razaleigh menyampaikan pendiriannya pada ceramah royalti petroleum anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Stadium Sultan Mohamad IV Kota Baru, bulan lalu.
Malah beberapa pemimpin Umno juga telah mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan ke atas Tengku Razaleigh dalam isu berkenaan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan di Besut hujung minggu lalu Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno memandang berat tindakan Tengku Razaleigh dan beliau perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.
Semalam, Mustapa yang juga yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata peruntukan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan yang dijangka disalur penghujung Mac ini akan bertumpu kepada golongan miskin.
Pegawai Khasnya, Mohd Lokman Ghani berkata, tindakan Tengku Razaleigh itu adalah berasaskan pendiriannya yang ingin menyampaikan kebenaran kepada rakyat berhubung isu tuntutan royalti minyak yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
“Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak faham tentang pendirian Ku Li.
“Sedangkan Ku Li sudah beberapa kali telah ditegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO.
“Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan ahli parti semua mendengar ucapan Ku Li. Saya harap dengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar perlembagaan dan disiplin parti,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Lokman berkata, Ku Li bersedia menerima apa sahaja tindakan yang akan diambil terhadap beliau memandangkan pendiriannya jelas dan tidak mahu diheret sama untuk berbohong kepada rakyat.
“Kalau kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut kerajaan berbohong. Terpulang kepada parti sama ada beliau bersalah atau tidak kerana apa hendak disampaikan beliau ialah undang-undang dan perjanjian yang telah ditandatangani memandangkan beliau sendiri yang telah menandatangani dan beliau lebih mengetahui soal ini.
“Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan mahu bercakap benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti. Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua,” katanya.
Mengulas mengenai wujud dakwaan yang kononnya Ku Li memberikan kenyataan yang berbeza dalam isu tuntutan royalti bagi Kelantan dan Terengganu, Lokman berkata, Ku Li tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang berbeza kerana masa kes di Terengganu beliau sanggup menjadi saksi (sewaktu kerajaan Pas tuntut royalti minyak dari Kerajaan Pusat) sekiranya dibawa ke mahkamah.
Katanya, perjanjian royalti minyak itu cukup mudah iaitu apabila dalam tiga batu nautika ia memang hak Kerajaan Negeri 100 peratus sepatutnya.
“Tidak sepatutnya dapat langsung (dalam tiga batu nautika) kepada Kerajaan Pusat. Tapi apabila Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri memikirkan bahawa tidak ada minyak di dalam tiga batu nautika ini maka ada perjanjian bahawa jika terdapat minyak di dalam tiga batu nautika atau lebih hasil minyak diserahkan kepada Petronas. Dan Petronas mesti membayar hasil sebanyak 5 peratus kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
“Itu asas perjanjian. Dalam kedudukan tiga batu nautika ini Kerajaan Negeri sepatutnya tidak memberi satu sen pun kepada Kerajaan Pusat kerana itu memang hak Kerajaan Negeri.
“Tetapi berdasarkan kepada kajian besar kemungkinan minyak tidak ada di dalam kawasan tiga batu nautika, minyak semua berada di luar tiga batu nautika jadi Kerajaan Negeri pada masa itu bertimbang rasa dan Petronas pun sepatutnya bertimbang rasa,” katanya.
Sehubungan itu beliau menegaskan, adakah disebabkan kenyataan Ku Li berbeza dengan Kerajaan Pusat, maka beliau diheret sekali untuk berbohong.
“TPM sepatutnya dimaklumkan perkara yang betul apa yang telah disampaikan oleh Ku Li dan bukannya maklumat yang tidak tepat. Kerana Ku Li berceramah di atas platform NGO iaitu Gerakan Tuntut Royalti Rakyat Kelantan (Gegar),” katanya.
Lokman berkata, kenyataan Muhyiddin juga bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz..
“Sehari sebelum Ku Li menyampaikan ceramah tersebut Ahmad dan Nazri menyatakan ia bukan halangan, sekarang lain pula," katanya.
Oleh: Mat Zain Mat Isa
Kesediaannya bersama-sama kepimpinan kerajaan negeri diterajui PAS menjelaskan isu berkenaan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu pada 28 Januari malah membuatkan batang tubuh Umno menggelegak.
Kehadiran bekas Pengasas Petroliam Nasional Berhad (Petronas) itu selaku pengucap utama malam tersebut memberikan kesan amat bertentangan kepada PAS dan Barisan Nasional (BN). Di satu pihak ia dianggap sokongan paling kuat serta pembuktian amat signifikan buat kerajaan negeri meneruskan tuntutannya ke atas hasil minyak yang disedut di luar pantai Kelantan.
Di pihak lain pula, kelantangan Ku Li memperjuangkan hak negerinya itu menjadikannya “duri dalam daging” kepada partinya. BN yang bertegas menafikan pemberian royalti minyak kepada Kelantan terasa bagaikan “dicah keting” oleh ahli politik berpengalaman itu.
Latar belakang penglibatan Ku Li secara langsung dengan pemeteraian perjanjian antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri di era 70-an, di samping selaku bekas Menteri Kewangan, menjadikannya seorang yang sangat autoritatif tentang fakta latar sejarah dan letak duduk perkara dipertikaikan itu. Ketegasannya yang memihak kerajaan Kelantan menyulitkan BN mempertahankan hujah dan sandaran tindakannya.
Akibatnya, seluruh batang tubuh Umno bagaikan penasaran. Hampir tiada pendokongnya, dari pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap Umno peringkat bahagian, yang tidak meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap Ku Li.
Ada menteri yang juga bekas rakan karib Ku Li, dan pernah mengisytiharkan “bakar jambatan” dengan Umno ketika bersama Ku Li menjayakan Parti Semangat 46 (S46) dulu, kini menganggap bekas ketuanya itu berdolak-dalik. Katanya Ku Li tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai isu royalti. Anak raja itu malah didakwa cuba bermain politik dan mahu mengelirukan rakyat.
Tidak cukup pemimpin yang masih berjawatan, yang sudah pencen juga turut dimanfaatkan untuk berhujah bagi pihak Umno. Ada pemimpin veteran parti itu di Kelantan menganggap Ku Li telah bertukar daripada orang tengah yang menjernihkan keadaan menjadi umpama minyak yang menyalakan api. Barangkali beliau mengakui hakikat gelora dalaman Umno negeri itu dan sebelum ini mengharapkan Ku Li selaku pemimpin berpengalaman menjernihkannya.
Berbagai desakan dan saranan balas juga kedengaran sejak malam itu. Ada yang menyarankan Umno mengambil tindakan tegas terhadap Ku Li. Ada pula menuntut Ku Li memberi penjelasan lebih lanjut atas tindakannya itu.
Namun paling menarik dari sekalian banyak reaksi itu ialah keterlanjuran Pemuda Umno Kelantan mendesak Ku Li melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen BN. Isnin (1 Februari) lalu, Ketuanya, Anuar Safian menyarankan Ku Li melepaskan jawatan itu dan menyertai PAS atau Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang dilihat lebih sesuai dengan pendiriannya berhubung isu royalti kini.
Apa yang menjadikannya menarik ialah apabila Ku Li menyatakan kesediaan menyahut saranan Pemuda Umno itu. Menerusi kenyataan dikeluarkan Pegawai Khasnya, Muhd Lukhman Ghani, Ku Li dikatakan bersedia meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Gua Musang pada bila-bila masa.
“Tetapi beliau (Ku Li) risau jika berbuat demikian Umno tidak akan menang di Gua Musang (jika diadakan pilihan raya kecil). Bagaimana pun, jika Pemuda Umno yakin boleh menang, ku Li rela letak jawatan,” akhbar pada Rabu (3 Februari) memetik katanya.
Nah! Bukankah itu satu tempelak sangat menyakitkan atas keceluparan Pemuda Umno Kelantan? Tepat sepertimana dikatakan Ku Li, pihak yang mendesaknya berbuat demikian seharusnya memikirkan kesan jangka panjang ekoran kenyataan berkenaan.
Kenyataan cetek Pemuda Umno meletakkan parti itu dalam keadaan terjerat, antara mempertahankan prinsip partinya dan memikirkan kelangsungan parti di Kelantan. Apa yang tersirat dalam penegasan Ku Li itu sebenarnya memberikan implikasi politik amat mendalam buat Umno, khususnya berhubung survival politik parti itu.
Adalah dimaklumi bahawa Gua Musang adalah kubu kuat Ku Li. Kerusi itu telah menjadi milik peribadinya sejak lebih 40 tahun lalu. Kemunculannya bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ulu Kelantan Barat pada 1969. Bermula 1974, beliau memenangi kerusi Parlimen Ulu Kelantan selama tiga penggal.
Kerusi itu ditukar nama kepada Parlimen Gua Musang pada 1986, tetapi penyandangnya tidak bertukar hingga kini. Bahkan, dua penggal di tengah-tengahnya, iaitu pada 1990 dan 1995, Ku Li masih mempertahankan kerusi berkenaan walau pun di atas tiket S46.
Jangan lupa apabila BN hanya tinggal “dua nesan” di Kelantan pada 1999, kedua-dua kerusi itu iaitu Paloh dan Galas terletak di Gua Musang. BN turut mempertahankan dua kerusi di kawasan itu (Paloh dan Nenggiri) pada 2008. Apakah Umno rasa boleh menang di situ tanpa Ku Li?
Selepas ketegasannya membela hak rakyat Kelantan ke atas royalti, kesediaannya mengosongkan kerusi parlimennya sekali lagi menyebabkan Umno jatuh terduduk. Umno dua kali menggelegak agar-gara tindakan Ku Li.
http://syukran.wordpress.com/
Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.
Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.
Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.
Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.
Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.
"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).
"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.
Kaji selidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.
Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan RM20 juta kepada Kelantan berbanding RM 2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu.
Oleh: Roslan Harun
Tanggal 31 Januari lalu, kita dihadapkan dengan dua tajuk utama muka depan akhbar yang saling berlawanan antara satu sama lain. Akhbar Berita Minggu memaparkan tajuk besar 'Dolak-dalik Ku Li' manakala Harakah (keluaran 1-3 Februari), dengan tajuk 'Ku Li sokong Tok Guru'. Berita Harian pada keesokan harinya (1 Februari) membawa tajuk 'Ku Li buang masa'. Kasihan Tengku Razaleigh Hamzah, berdasarkan laporan akhbar ini beliau berhadapan dengan tuduhan besar iaitu berbohong, tetapi benarkah demikian?
Jika kita merujuk kepada dunia Barat (masyarakat suka berkiblatkan Barat bagi membicarakan hal ketamadunan seperti demokrasi), pembohongan adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. Lihatlah dalam perkembangan terbaru bagaimana bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dihadapkan ke sebuah lembaga penyiasat untuk di'grill' (ditanya secara terperinci) mengenai pembabitkan askar Britain ke Iraq berdasarkan laporan perisikan negara kononnya Presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah secara besar-besaran.
Jika Barat mementingan kebenaran dan tidak dapat menerima sama sekali pembohongan, bagaimana diri kita yang mengaku Islam? Tentunya dalam kes royalti minyak ini, ada pihak termasuk akhbar (media massa) bercakap benar dan ada pihak bercakap bohong atau memutarbelitkan fakta.
Sama seperti Blair yang membuka mulut sendiri apabila kena ‘grill’ oleh lembaga penyiasat tentunya kenyataan tuan empunya diri (Ku Li) adalah lebih cermat dan tepat berbanding laporan semberono berdasarkan sumber lain termasuk mempamerkan komentar tokoh itu mengenai royalti minyak di Terengganu kira-kira 10 tahun lalu.
Mengapa takut menyiarkan apa yang diperkatakan Ku Li sebagai Pengerusi Petronas yang pertama pada perhimpunan raksasa pada 28 Januari di Kota Bharu itu? Majlis itu bukan dibuat secara semberono sebaliknya oleh gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar). Gegar pula adalah gandingan Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (Gabungan) dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat).
Media sewajarnya menghormati pandangan Tengku Razaleigh sebagai antara pengasas Petronas, bukannya menuduh beliau sebagai pembohong (berdolak-dalik) dan membuat penambahan sendiri kononnya ahli Parlimen Gua Musang itu menyarankan supaya royalti minyak dirujuk ke mahkamah.
Antara lain Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata (tetapi tidak disiarkan media arus perdana): “Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, saya tahu kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand.”
Jika Tengku Razaleigh berbohong, wajarlah BEKAS Pengerusi Petronas itu kena ‘grill’ seperti yang berlaku kepada Blair sebagai BEKAS Perdana Menteri Britain. Ini tidak, beliau siang-siang lagi dianggap pembohong (berdolak dalik) dengan fakta yang dikemukakannya digelapkan sebaliknya ulasan mengenainya menjadi mainan media.
Antara dua pihak ini, satu bercakap benar dan satu lagi bohong. Tidak boleh kedua-duanya bercakap benar sebab apa yang dikemukakan itu bertentangan antara satu sama lain. Kini rakyat sedang menyaksikan, siapa di pihak benar dan siapa yang bijak bermain lidah, memutar-belitkan kata-kata.
Rakyatlah yang akan menjadi hakim. Sewajarnya pengalaman lalu memberi kesedaran kepada rakyat dalam mereka menjadi hakim. Mereka perlu insaf siapa yang sudah membakar jambatan tetapi menjilat balik perbuatannya dan siapa yang konsisten, sama seperti ungkapan yang tidak lagi keramat itu – dulu, kini dan selamanya! - Harakahdaily
Kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah – Ku Duka
Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Tengku Seri Paduka Raja (Ku Duka) Tengku Ibrahim Ismail berkata demikian dalam satu sidang media khas berkenaan isu Royalti baru-baru ini.
Menurutnya wang royalti mestilah dibayar kepada kerajaan yang sah, yang dipilih rakyat tanpa mengira parti apa yang menjadi kerajaan sesebuah negeri.
”Saya tak kira, kerajaan PAS ke….. kerajaan gajah ke….. Rimau ke…..kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang sah,
samada kamu suka atau tidak… (Whether you like it or not) itulah hakikatnya yang sah,
”jadi kerajaan PAS yang memerintah di Kelantan adalah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat, kita mesti beri,”jelasnya.
Katanya tindakan memberi wang royalti melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan menunjukkan kerajaan pusat tidak dapat menerima hakikat rakyat memilih parti lain selain Umno.
Dalam isu yang sama, beliau memuji Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad said yang berani menuntut hak royalti yang menjadi hak rakyat Terengganu.
Namun, beliau mempersoalkan, bilakah kerjaan pusat akan menyelesaikan semua pembayaran royalty yang tertunggak.
Beliau meminta rakyat untuk membuat penilaian keatas parti yang memerintah dalam pilihanraya akan datang, sekiranya perjuangan MAMPAT mendesak untuk dikembalikan wang royalti.
”Kalau pejuangan MAMPAT mengembalikan semula wang ehsan kepada wang royalty tidak berjaya, apa kita nak buat?,
”Pada saya senang saja, balik kepada rakyat, rakyat pilih pada pilihanraya umum yang akan datang, serah kepada rakyat!,”tegasnya.-buletinonline
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dalam satu sidang media di kediamannya petang tadi berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.
"Saya berasa gembira menghadiri majlis tersebut kerana saya berpeluang memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perjanjian Petronas pada 1974 dahulu", katanya.
Ku Li yang juga Bekas Menteri Kewangan juga berkata, beliau hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.
Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.
"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.
Ku Li pada 28 Januari lalu hadir memberikan penerangan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dianggotai 52 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau yang juga tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat untuk memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan berkata, rakyat kelantan berasa terhina dengan keputusan itu kerana mereka inginkan hak mereka dikembalikan.
"Rakyat Kelantan rasa terhina bila nak diberi 20 juta wang ehsan sedangkan syarikat rokok sponsor acara sukan pun 50, 100 juta. Ini pula untuk rakyat Kelantan yang lebih dari 1 juta penduduk.
"Guna duit minyak bagi wang ehsan, macam rakyat Kelantan ni Tok Pakir (Peminta sedekah)," jelasnya.
Selain itu, beliau mahu Petronas membuat perkara yang betul manakala Pengerusi Petronas yang baru dilantik juga diingatkan membuat perkara sama dalam tuntutan royalti ini.
"Saya berharap Pengerusi petronas yang baru dilantik dapat mengawasi petronas. Petronas perlu buat tindakan yang betul mengikut perjanjian,"katanya.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Kerajaan negeri untuk mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan hak royalti diberikan kepada rakyat negeri itu.
"Samaada Kerajaan negeri nak dakwa atau nak bawa ke mahkamah itu bukan bidang saya.Saya cuma nak menjelaskan perkara yang sebanar. Itu sahaja,"katanya.
Watch Video 1
Watch Video 2
Watch Video 3
Oleh: Mohd Sayuti Omar
Semalam Dr Mahathir Mohamad mengatakan tidak kena Tengku Razaleigh Hamzah berada atas pentas bersama pemimpin Kelantan Pas stadium Sultan Mohamad Ke-IV dan mengeluarkan pandangan bercanggah dengan partinya berhubung isu royalti minyak di Kelantan.
Kata Mahathir, Tengku Razaleigh sepatutnya menggunakan forum lain atau berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan pandangannya itu.
Sekali dengar nasihat Mahathir itu ikhlas dan menunjukkan beliau lebih suci dalam hal ini berbanding dengan Tengku Razaleigh. Nampak Mahathir seorang yang setia dan cintakan Umno nombor satu. Hebatlah Mahathir kerana akan mendapat tepuk sorak ahli Umno di seluruh bumi Malaya ini.
Mahathir tidak suka kalau Razaleigh mengkritik parti di atas pentas pihak musuh. Ia tidakan bukan bijak dan betul. Tindakan itu bukan menggambarkan Tengku Razaleigh seorang yang sayangkan parti sebaliknya cuba mengkhianati parti. Begitulah konotasi yang perlu diterjemahkan dengan kata-kata Mahathir itu. Mahathir mahu orang terus menyampah dengan bekas sterusnya itu.
Tahun 1969 dulu Dr Mahathir juga melakukan hal sama dengan apa yang Tengku Razaleigh lakukan ini. Malahan tindakan Mahathir lebih sadis dan melampau dari itu. Bila beliau tidak senang dengan tindakan Tunku Abdul Rahman yang memecatnya dari Umno, beliau naik ke atas pentas Pas di Kedah dan membelasah habis-habisan Umno.
Apakah Dr Mahathir lupa sejarah berkenaan? Lupa dengan apa yang beliau lakukan satu masa dulu? Kalau beliau ingat beliau tidak tergamar untuk menegur Tengku Razaleigh dan perlu harus merasakan malu kepada diri sendiri. Dan kalau beliau sudah tidak mengingatinya maka tahap memorinya kini sama dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang beliau pernah mengatakan sebagai nyanyuk? Mahathir dengan Nik Aziz sama-sama nyanyuk.
Bila Tengku Razaleig naik ke atas pentas Pas itu, gurunya adalah Mahathir sendiri. Mahathirlah yang mengajarnya. Jadi tidak usahlah Mahathir hendak nasihat dan kritik Tengku Razaleigh. Beliau harus mengkritik dirinya sendiri dan cara beliau menegur Tengku Razaleigh itu tidak ubah seperti bapak ketam nak mengajar anaknya berjalan betul. Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.
Selama kira-kira empat tahun Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, apa yang Mahathir tidak bambu dan kritik Abdullah. Siang malam Mahathir mencincang Abdullah. Beliau mengeliling ke segenap negara menghadiri forum yang dianjurkan khas untuk memburuk dan menjatuhkan Abdullah. Beliau sanggup mengeluarkan modal untuk menampung majlis forumnya. Bagi Mahathir tidak ada sebesar setengah hati kuman yang Abdullah lakukan adalah baik melainkan semuanya tidak baik.
Cara Mahathir mengkritik individu partinya sebenarnya lebih jijik dan kotor daripada apa yang Tengku Razaleigh lakukan di Kota Bharu tempoh itu. Tengku Razaleigh masih berdiplomasi dan bersuara menerusi kaedah dan peraturan tertentu. Tengku Razaleigh bercakap bukan berdasarkan emosi tetapi kebenaran menurut perlembagaan dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang beliau sendiri terlibat menubuhkannya.
Salahkah kalau Tengku Razaleigh menyuarakan apa yang diketahuinya? Tuntutan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh itu adalah sebagai menenuhi amanat Tun Razak. Seperti mana katanya Tun Razak mengarahkan supaya royalti minyak dibayar kepada negeri-negeri berkenaan kerana negeri itu masih miskin. Sebenarnya apa yang dilakukan Tengku Razaleigh itu meringankan atau pun menyelamatkan Najib Razak daripada menanggung dosa kering kerana tidak menunaikan amanat dan wasiat bapanya? Sebagai PM kini Najib berkewajiban menunaikan amanat bapaknya.
Mahathir sepatutnya tidak menyempitkan otaknya dalam soal ini. Kerja jahatnya ke atas Kelantan selama menjadi PM 22, tahun patut dihentikan. Diskriminasi yang Mahathir lakukan cukup menyeksa rakyat negeri kelantan. Selama lebih 10 tahun beliau jadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dengan Annuar Musa selaku timbalannya, apa yang beliau lakukan ke atas Umno Kelantan?
Apakah Umno Kelantan mendapat manfaat dari itu. Sayang orang-orang Umno Kelantan boleh dipandir dan dilabulabikan oleh Mahathir terus menyokongnya tanpa mendapat apa-apa hasil buat rakyat Kelantan. Lebih sedih lagi mereka sanggup mengenepikan tokoh mereka sendiri, Tengku Razaleigh dan bersedia menjadi pembawa karung guni Mahathir. Ada setengahnya sanggup menjadi penjilat dubur Mahathir.
Kegagalan Umno merampas Kelantan semasa beliau memimpin Kelantan dan Malaysia menunjukkan rakyat Kelantan tidak boleh menerima Mahathir. Tindakan dan hukuman politik Mahathir ke Kelantan menyebabkan rakyat Kelantan membenci kepada Umno hingga ke anak cucu. Mahathir telah berdosa kepada Umno Kelantan dan rakyat Kelantan selama beliau menjadi ketua di Kelantan.
Kalau Mahathir bimbang dengan sikap Tengku Razaleigh itu boleh menjejaskan peluang Umno Kelantan, maka beliau kena sumpah dirinya sendiri. Kerana pendekatan dan stail politik beliau di Kelantanlah menyebabkan Umno Kelantan jatuh tidak bangkit-bangkit sehingga sekarang.
Sebagai negawaran Dr Mahathir hendaklah adil kepada diri sendiri dan Tengku Razaleigh atau sesiapa saja. Janganlah bercakap mengikut emosi dan sentimen lapok. Selamanya Mahathir tidak pernah senang dengan Tengku Razaleigh. Dan Tengku Razaleigh pula seakan tidak sanggup untuk memutuskan persahabatan politiknya dengan Mahathir dan rela menyerahkan lehernya untuk dikorbankan Mahathir demi kepentingan politik bekas PM itu.
Mahathir juga jenis manusia tidak mengenang budi. Sekurang-kurang dua kali Tengku Razaleigh telah menanam budi besar kepadanya. Kali pertama ialah selepas bersetuju agar Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, walaupu waktu itu Tengku Razaleigh mempunyai hak untuk menghalangnya. Namun atas persahabatan dan janji beliau merelakan Hussein Onn lantik Mahathir sebagai TPM.
Kedua ialah dalam tahun 1995, Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi berkorban demi kepentingan Umno dan Melayu apabila bersedia membubarkan Perti Semangat 46 dan menyertai semula Umno. Dua jasa dan budi Tengku Razaleigh ini sangat besar dan tidak mudah dilupakan oleh orang yang tahu dan kenal apa itu erti orang berbudi kita merasa. Namun tidak kepada Dr Mahathir. Setiap sudut, juring beliau terus bermain politik untuk keampuhan kuasanya dan selama itulah menjadikan Tengku Razaleigh sebagai mangsa dan perkakas.
Berhubung dengan usaha Razaleigh menyokong kerajaan Kelantan mendapatkan royalti minyak, itu adalah perjuangan suci Tengku Razaleigh untuk negeri kelahirannya sendiri. Razaleigh tidak perlu merasa malu dengan apa yang beliau lakukan. Peduli dan nyahkan suara-suara sumbang dari kaki ampu yang mengkritik tindakannya itu.
Tengku Razaleigh tidak perlu merasa sedih dan duka atas kritikan dan cemuhan oleh Umno. Kehadiran lebih 50,000 rakyat Kelantan mendengar penjelasannya itu sudah cukup untuk membuktikan Tengku Razaleigh masih merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang dihormati di Kelantan. Rakyat Kelantan sedia bersama Tengku dan melupai kisah lampau. Asalkan saja Tengku berjuang untuk Kelantan, rakyat sedia bangun dan jatuh bersama Tengku!
Pun begitu juga kalau Umno tidak mahu Tengku, Tengku tidak perlu bimbang. Gelora dan senario politik hari ini menyerlahkan ada bunga-bunga sedang berkembang Tengku akan dijadikan kandi harapan negara ini. Saya merasakan sekiranya berlaku sesuatu kepada Anwar Ibrahim, tidak mustahil Pakatan Rakyat akan merisik Tengku untuk menaiki pelamin yang mungkin tidak sempat diduduki Anwar.
Biarlah Mahathir, Rais Yatim, Ibrahim Ali atau sesiapa saja yang tidak senang dan berbulu dengan Tengku ekoran tindakan itu tidak mengapa, asalkan rakyat Kelantan bersama Tengku. Asalkan Pakatan Rakyat senang dengan Tengku. Percayalah bagi rakyat Kelantan mereka sedia menandukan Tengku sebagai hero berbanding dengan sejuta orang sejenis dan sespecies dengan ketiga-tiga orang itu.
http://www.msomelayu.blogspot.com/
KUALA LUMPUR, Feb 2 — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Beliau berkata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sepatutnya menggunakan medium lain yang lebih sesuai seperti forum untuk menyatakan sesuatu pandangan.
“Saya rasa ini tidak boleh diterima, saya sendiri akan menggunakan saluran seperti forum untuk menyuarakan pandangan saya.
“(Malahan) beliau boleh bercakap dengan Perdana Menteri jika Perdana Menteri mahu berjumpa beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk “Asean: Present and Future Challenges” pada Persidangan Asean Logics 2010 di Universiti Islam Antarabangsa Malayaia (UIAM) di Gombak di sini hari ini.
Dr Mahathir (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru anggota Parlimen Gua Musang itu bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak yang berbeza dengan pendiriannya sebelum ini.
Kenyataan itu dibuat Tengku Razaleigh semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan minggu lepas yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dr Mahathir berkata beliau fikir Tengku Razaleigh sebagai orang Kelantan tentu mahu melihat Kelantan mendapat wang royalti minyak itu. Ketika ditanya sama ada tindakan Tengku Razaleigh itu boleh memberi kesan kepada pengundi di Kelantan, Dr Mahathir berkata : “Mungkin boleh beri kesan, macamana pun kita (Barisan Nasional) tidak boleh dapat (Kelantan) kerana orang Kelantan ada dia punya idea sendiri.” — Bernama
**************************************************************
Apa pula kata Ku Li.....
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bermasalah biarpun Umno mahu mengambil tindakan terhadapnya ekoran sokongannya kepada kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak.Beliau berkata, sokongan terhadap kerajaan Kelantan dibuat berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan berhak mendapat royalti seperti perjanjian yang dibuat dengan Petronas.
"Saya tidak kisah, saya buat keputusan ikut apa yang benar berdasarkan undang-undang bukan nafsu, kalau Umno nak marah, marah lah.
"Dengan Mahathir pun saya berani lawan, saya tidak takut siapa,” katanya berseloroh.
Isu hak Kelantan mendapat royalti juga, jelasnya tidak perlu dipolemikkan dan tidak perlu dijadikan isu kerana ianya telah diselesaikan pada tahun 1974 lagi sewaktu beliau menjadi Pengerusi Petronas. Asas penubuhan Petronas, jelasnya adalah untuk menyatupadukan rakyat di Malaysia bagi mengekalkan satu Persekutuan.
"Apabila saya dipilih menjadi Pengerusi Petronas, berundinglah dengan semua kerajaan negeri dan ketua-ketua kerajaan negeri.
"Kita buat perjanjian, kerajaan negeri perlu serah hak minyak kepada Petronas selama-lamanya, dan kalau Petronas dapat sahaja minyak, Petronas kena bayar lima peratus walaupun dua sen sekalipun, wajib dibayar," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan sewaktu kunjungan hormat Dewan Pemuda PAS Pusat ke kediamannya, di sini. Tengku Razaleigh adalah satu-satunya pemimpin Umno yang menyokong usaha kerajaan Kelantan mendapatkan hak royalti.
Beliau pada 28 Januari lalu juga telah memenuhi jemputan kerajaan negeri bagi menjelaskan kedudukan tuntutan tersebut kepada rakyat negeri itu. Ekoran sokongan kepada kerajaan PAS Kelantan itu, Umno berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Razaleigh yang Ketua Umno Bahagian Gua Musang.
Ditanya, sama ada beliau sedang diperalat parti pembangkang, beliau menolak dakwaan tersebut.
"Saya bukan alat mana-mana pihak sama ada pembangkang ataupun kerajaan, saya hanya alat rakyat," katanya
Oleh: Abdul Aziz Mustafa
Sejak pengumuman pertama mengenai penemuan fakta carigali petroleum 17 Jun 2009, Dato' Husam Musa dan pasukan penyelidiknya terus bekerja keras mencari bukti-bukti yang relevan untuk dikemukakan kepada Petronas dan Kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-Barisan Nasional.
Ketekunan para penyelidik Kerajaan Negeri Kelantan membuahkan hasil, apabila terdapat bukti menunjukkan Petronas menggali hasil petroleum iaitu gas dari perairan Kelantan sejak 2004.Lima tahun Umno-BN menyembunyikan fakta, akhirnya mereka terpaksa mengakui ianya memang milik Kelantan. Hasil royalti petroleum tersebut dijangka menjangkau lebih RM 1 bilion.
Namun pasukan penyelidik yang diketuai Husam, terus mendapat bukti-bukti baru yang lebih memeranjatkan. Lebih 25 tahun Umno-BN menyembunyikan fakta, wujudnya hasil petroleum digali di sempadan perairan Kelantan-Terengganu, royaltinya adalah milik Kelantan.Ikuti wawancara eksklusif bersama Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan baru-baru ini.
Apa perkembangan terkini tuntutan royalti Kelantan
Terkini, ialah wakil Kerjaan Negeri Kelantan, telah diterima untuk berjumpa dengan Tan Sri Hassan Merican, Presiden Petronas sendiri pada 8 Januari lalu. Dalam perjumpaan itu, kita menyampaikan pendirian Kerajaan Negeri Kelantan bahawa apa jua pembayaran dari mana-mana medan minyak dan gas yang ada di offshore Kelantan mesti dibayar secara terus kepada Kerajaan Negeri.
Jika bayaran disalurkan dengan cara-cara yang lain dari apa yang tercatat dalam perjanjian, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan tuntutan bayaran tunai kepada negeri dan ini memungkinkan Petronas terpaksa membayar dua kali.
Apa respon Tan Sri Hassan?
Beliau akan memaklumkan pendirian Kerajaan Negeri Kelantan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan seterusnya menjawab secara rasmi surat YAB Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada beliau yang menjadi asas perbincangan kami pada hari itu.
Adakah isu undang-undang tidak dibangkitkan pada hari itu?
Kita tidak mengambil pendekatan untuk berbahas. Kita menyatakan pendirian kita untuk pengetahuan Petronas dan kita cuba mendapatkan butiran-butiran tertentu tentang pengeluaran secara rasmi untuk tindakan kita selanjutnya.
Lagi pun, salah seorang ahli rombongan kita ialah bekas Executive Director (Jabatan Undang-Undang) Petronas sendiri yang bertugas sewaktu perjanjian 1975 dibuat. Beliau tahu kehendak sebenar perjanjian itu dan bukan seperti ahli politik tertentu yang cuba memutarbelitkan kehendak sebenar perjanjian.
Dato' Seri Najib sendiri waktu itu pernah bekerja di bawah orang ini. Dia hadir untuk menjelaskan apa sebenarnya spirit perjanjian itu mewakili Kerajaan Negeri.Oleh itu, tak perlu ada perbincangan panjang tentang undang-undang.
Apakah bentuk penjelasan yang Dato' minta Petronas jelaskan?
Kita cuba mengetahui umpamannya pengeluaran di Bumi Selatan yang ada disebut sebagai asas untuk pembayaran wang ihsan oleh PM di Dewan Rakyat pada 4 Nov tahun lalu. Kita diberitahu bahawa untuk tahun 2009, tunggakan yang perlu dibayar kepada Kelantan ialah USD12 juta.
Pengeluaran sudah bermula suku kedua 2008 dan jumlah pengeluaran harian untuk bahagian Malaysia ialah 14,200 tong gas bersamaan tong minyak (boe). Rezab keseluruhan gas bagi PM 301 iaitu blok dalam perairan Kelantan yang tidak bertindih dengan mana-mana negara ialah 822 billion kaki padu. YB ada membangkitkan telaga bertindih antara Kelantan dan Terengganu?
Sebenarnya isu ini telah pun dibangkitkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamad Yaacob sejak tahun 1990 lagi. Ia bukan isu baru. Kalau pemimpin Umno Kelantan buat sedikit kajian atau semakan.Pada 5 September 1990, Tan Sri Mohamad Yaacob telah menyebut Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang adanya medan minyak atau gas yang bertindih dengan Terengganu. Kalau dengan Vietnam dan Thailand telaga boleh bertindih, apa peliknya kalau ada telaga bertindih pula antara Kelantan dan Terengganu?
Kalau kawah minyak atau gas di bawah laut itu duduk berhampiran sempadan, sebelah duduk dalam sempadan Kelantan dan sebelah lagi duduk dalam sempadan Terengganu, bukanlah satu benda yang pelik.Amalan peringkat antarabangsa bagi kes sebegini ialah unitization. Pembahagian dibuat dengan kaedah tertentu mengikut sukatan kedudukan rezab itu.
Secara khusus, Kelantan membangkitkan Medan Bintang yang jaraknya hanya 60 batu dari pantai Kelantan.Pengeluaran sudah bermula sejak 1984 lagi dan Kelantan tidak pernah dibayar apa-apa. Anggaran royalti yang sudah dibayar ialah RM 9.7 billion sehingga 2009 dan jika Kelantan terhak mengikut peratus yang akan ditentukan, jumlahnya bukan kecil.
Itu tak termasuk bayaran ke hadapan sehingga pengeluaran tamat dan sudah tentu menjadi kewajipan Kerajaan Negeri yang bertanggung jawab membangkitkannya. Janganlah orang politik yang tak tahu hujung pangkal senang-senang menidakkannya untuk tujuan politik semata-mata. Ini tidak adil.
Apa lagi yang dibincangkan dengan Petronas?
Kita juga membincangkan pentingnya sempadan laut antara negeri-negeri diputuskan. Petronas perlu berlaku adil dengan menentukan milik negeri mana sesuatu medan minyak mengikut sempadan negeri yang sah yang diakui bersama.
Adakah tuntutan Kelantan hanya berkisar pada royalti semata-mata atau isu-isu lain juga dibangkitkan?
Sebenarnya, khazanah minyak yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali untuk rakyat Kelantan, pada pandangan kami, haruslah dinikmati oleh rakyat Kelantan dalam semua segi secara optimum.
Kita merasakan Kelantan banyak dianak tirikan.Jarak medan-medan pengeluaran ini baik kawasan JDA yang bertindih dengan Thailand mahupun CAA yang bertindih dengan Vietnam mahupun medan-medan lain seratus peratus dalam perairan kita, adalah sangat hampir dengan pantai Kelantan. Kedudukan Kelantan adalah paling hampir.
Jika gas atau minyak ini didaratkan di Kelantan, sudah tentu banyak faedah ekonomi akan diperolehi.Paling tidak, aktiviti-aktiviti penghantaran bekalan dan khidmat sokongan untuk aktiviti di pelantar mesti berpusat di Kelantan.
Bayangkan, jarak untuk menghantar bekalan ke pelantar hanya 150 km jika dibuat dari Kelantan berbanding lebih 230 km dari Kemaman atau Songhkla. Ia amat menguntungkan dari segi ekonomi dan kerana itulah Kerajaan Kelantan berkali-kali meminta Kerajaan Pusat mempertimbangkan hal ini.Ia boleh meningkatkan kegiatan ekonomi serta peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan masih berusaha untuk tujuan itu.
Bagaimana pula untuk kawasan bertindih dengan Thailand dan Vietnam seperti yang disebut oleh YB tadi?
Tidak ada apa-apa masalah patut dibangkitkan mengenai kawasan bertindih ini kerana semua formula pembahagiannya telah pun dipersetujui.Kelantan hanya menuntut 5 peratus dari bahagian yang diterima oleh Malaysia.Jika selama ini Kerajaan Pusat membayar royalti 5 peratus dari semua pengeluaran dalam kawasan CAA kepada Terengganu, mengapa Kelantan dikecualikan khususnya bagi Medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid?
Ini tidak adil dan ketidakadilan tidak membawa berkat.Jika kawasan CAA Terengganu selama ini mendapat pembayaran, keadaan adalah sama dengan kawasan JDA. Apa lagi, wujudnya JDA bukan bermakna Malaysia menerima hakikat perairan ini bukan lagi menjadi milik negara kita.
Ia masih perairan kita dan kita mempunyai kedaulatan ke atas perairan ini. Ia menjadi sebahagian perairan Malaysia semata-mata Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia. Andaikata Kelantan tidak menjadi anggota Malaysia, perairan yang menjadi kawasan pengeluaran JDA sekarang sudah tentu bukan milik Malaysia.Ini juga pernah disebut oleh Tan Sri Mohamad Yaacob bahawa Kelantan akan menikmati royalti bagi kawasan yang bertindih dengan Siam.
Malangnya, pemimpin Umno Kelantan hari ini, lupa apa yang pemimpin Umno sebelum mereka sebutkan. Termasuk semua jawapan Kerajaan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama ini, adalah selari bahawa pengeluaran di mana jua dalam perairan sesuatu negeri, negeri berkenaan layak menerima bayaran 5 peratus.
Apa sebab sebenar pemimpin Umno menafikan hak Kelantan?
Saya difahamkan, dalam Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan, Pengerusinya menyebut, kalau Kelantan mendapat royalti, Kelantan akan gunakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Kelantan dan dengan itu Umno tak ada harapan untuk menawan semula Kelantan.
Jadi sebab sebenar ialah politik semata-mata.
Apa pandangan YB dengan program Himpunan 100,000 di mana Tengku Razaleigh memberikan penjelasan pada 28 Januari?
Syukur Alhamdulillah, pertolongan terhadap usaha Kerajaan Negeri Kelantan mendapatkan hak rakyat Kelantan dalam isu royalti ini mendapat sokongan banyak pihak.Rakyat Kelantan sendiri telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah gerakan yang di panggil Gegar. Mereka bertindak menjayakan hasrat rakyat Kelantan mendapatkan keadilan dan kesaksamaan selepas sedemikian lama dibuli. Ini petanda yang sangat baik.
Mana-mana gerakan yang cuba menghalang hasrat murni rakyat ini akan kecundang Insya Allah.saya juga amat bangga dengan tokoh seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Salleh Abbas, Tun Rahman Ya'akub dan lain-lain.
Mereka ini adalah orang yang terlibat secara langsung, dengan pembentukan akta tunggal mengenai isu pengeluaran petroleum serta perjanjian royalti dengan Petronas. Selagi mereka hidup dan bersuara, tak ada orang lain boleh membohongi rakyat.
Pada saya ini sangat penting. Kerajaan Pusat patut merasa malu mahu menafikan kenyataan saksi-saksi ini yang masih hidup.Ini satu kemenangan moral yang sangat besar bagi Kerajaan Negeri Kelantan dan juga rakyat Malaysia yang cintakan keluhuran undang-undang dan kehormatan perjanjian dan hak rakyat.
Ia boleh menjadi satu momentum baru jika Kerajaan Pusat tidak menghirakan fenomena kebersamaan dalam isu-isu penting seperti ini.
Pemimpin Umno Kelantan mencabar Kerajaan Negeri mempercepatkan proses Mahkamah. Apa komen YB?
Kita ada strategi kita sendiri dalam tuntutan ini. Akhirnya, memang tindakan mahkamah tidak dapat dielakkan dan dengan semua dokumen, saksi dan amalan yang ada, kita yakin kita bleh menang dengan mudah.
Terengganu juga sampai hari ini tidak menarik balik saman yang dibuat oleh Kerajaan PAS dahulu. Menunjukkan Terengganu juga sama pendapat dengan Kelantan iaitu 5 peratus perlu dibayar pada Negeri.
Namun, dalam tindakan, kita tahu bila kita memfailkan isu ini, kita tidak lagi dapat bercakap mengenainya.Kita juga berfikir, tindakan mahkamah ada berbagai-bagai dan kita membincangkan berbagai-bagai option yang kita ada.
Buat masa terdekat, satu dari option yang kita mungkin ambil ialah memaklumkan kepada semua operator seperti Armada Hess, Exxon, Shell dan Talisman, mengenai kedudukan kita yang tidak dibayar royalti seperti perjanjian dan kemungkinan implikasi dan tindakan lain yang saya tak perlu dedahkan di sini.
Kita sentiasa berfikir pelbagai option kreatif yang kita ada untuk menyedarkan Kerajaan Pusat bahawa tuntutan kita adalah serius dan berbagai-bagai. Jangan mereka pandang mudah hasrat rakyat Kelantan ini dari ditunaikan. Terima kasih.- Harakahdaily
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI8 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros16 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20223 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH8 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN8 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa10 years ago
-
15 tanda kematian mulia11 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)











