Pencapaian PAS Cemerlang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang  

Posted by Kunta-Kinte

Rhu Rendang, MARANG – Pencapaian PAS Marang setelah 25 tahun penubuhannya di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang cukup cemerlang, dengan hanya mengalami dua kali kekalahan setelah 12 kali pilihanraya umum diadakan. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata (Parlimen) Marang yang berasal dari Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi PAS sejak tahun 1959. ”Pencapaian sangat baik, untuk makluman, Marang yang berasal dari DUN, DUN Marang kita menang sejak 1959 hingga tahun 1982, cuma kita kalah pada tahun 1964 dan tahun 1978,”katanya ketika menjawab pertanyaan pihak media selepas Majlis ceramah sempena Sambutan Jubli Perak PAS Marang.

Sementara itu Dato' Seri Azizan Razak yang di temui pada majlis Sempena Jubli Perak Pas Marang semalam berkata yang bermasalah di negeri Kedah adalah Umno bukan mya PAS seperti yang digambarkan. Katanya lagi, Umno Kedah bermasalah kerana wujudnya kem-kem dikalangan pimpinan mereka.


This entry was posted on Saturday, March 13, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments