Kerajaan memang tak boleh halang apa-apa demonstrasi  

Posted by Kunta-Kinte

Buat pertama kalinya, Perdana Menteri Malaysia semenjak Dr. Mahathir berkata bahawa kerajaan memang tak boleh menghalang jika rakyat ingin berdemonstrasi. Klik disini.

Memang benar, kerajaan tak boleh halang. Tidak ada kuasa bagi kerajaan menghalang. Akta Polis memang bertentangan dengan Perlembagaan Negara. Mana yang hendak dijunjung? Perlembagaan Negara atau Akta Polis? Sudah pastilah Perlembagaan Negara. Jadi rakyat semua diminta untuk mengabaikan Akta Polis dan tidak perlu lagi mengiktiraf Akta Polis.

Selama ini kerajaan sering menghalang demonstrasi aman. Malahan ramai yang ditangkap kerana menyertai demonstrasi aman. Ramai yang masih menjalani perbicaraan di mahkamah. Oleh yang demikian, kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak boleh menghalang demonstrasi haruslah dijadikan pegangan.
Simpan keratan akhbar yang akan dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, Berita Harian dan akhbar-akhbar arus perdana yang akan menyiarkan kenyataan perdana menteri di muka hadapan esok. Dan apabila anda ingin berdemonstrasi pada masa akan datang, bawa keratan akhbar tersebut, jika ada polis yang cuba tahan, katakanlah kepada mereka, “Kau ni tak baca surat khabar ke? Bukankah perdana menteri sendiri kata kerajaan tak boleh halang jika rakyat ingin berdemonstrasi?”.

Jika ingin ekstrim lagi, saman polis yang cuba menahan anda itu di mahkamah oleh kerana anggota keselamatan negara tersebut pemalas dan tidak suka membaca. Rakyat Malaysia harus bersyukur oleh kerana Najib Razak telah sedar kesilapan Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi yang seringkali menyuruh polis menangkap peserta demonstrasi aman. Najib ingin berubah. Ini lah yang dikatakan dengan 1Malaysia.
Kepada yang suka berdemonstrasi, mulakanlah perancangan untuk berdemonstrasi. Kalau boleh kena buat yang begitu besar. Maklumlah kini kerajaan dan bersikap terbuka dan tidak akan menghalang demonstrasi. Cuma kalau ada seorang dua polis yang tak membaca, ingatkanlah mereka dengan keratan akhbar arus perdana esok yang akan menyiarkan secara meluar bahawa kerajaan tidak akan menghalang demonstrasi.

Wayang Ketua Polis Negara. Klik disini. 
Tak percaya tengoklah esok. Mesti tak kena apa-apa punya. Ha ha ha…. Kaki Kencing Kuat (KKK)


http://www.aminiskandar.com/

This entry was posted on Thursday, January 07, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments