Usahawan Mexico orang terkaya di dunia  

Posted by Kunta-Kinte

NEW YORK: Carlos Slim Helu menjadi tokoh paling kaya di dunia oleh majalah Forbes apabila senarai Bilionair Dunia dikeluarkan, semalam. Berdasarkan senarai itu, 164 tokoh bilionair kembali dalam senarai berkenaan ketika ekonomi global dalam proses pemulihan. Untuk tahun ketiga berturut-turut juga, seorang tokoh baru menduduki tempat teratas. Dibantu kenaikan harga saham pelbagai syarikat telekomunikasi, termasuk America Movil (AMX), lelaki Mexico itu mengatasi Bill Gates dan Warren Buffett untuk menjadi manusia terkaya di dunia. Harta Slim dianggarkan bernilai RM177.6 bilion, meningkat RM61.4 bilion dalam tempoh 12 bulan. Saham AMX - RM76.3 bilion daripadanya dikuasai Slim - bertambah 35 peratus dalam tempoh sama. Gates - pengasas bersama Microsoft dan menduduki tempat teratas senarai itu selama 14 tahun - berada di tempat kedua dengan harta bernilai 175.9 bilion Harta Gates bertambah RM43.1 bilion sejak setahun lalu apabila saham Microsoft meningkat 50 peratus dalam tempoh 12 bulan. Kekayaan Buffett melonjak RM33.2 bilion menjadi RM156 bilion hasil peningkatan saham Berkshire Hathaway dikuasainya. Walaupun pasaran saham dunia merudum pada 2008, lelaki digelar Oracle of Omaha itu melabur RM16.6 bilion dalam firma Goldman Sachs dan RM9.9 bilion dalam syarikat General Electric. Baru-baru ini, Buffett menguasi firma kereta api gergasi, Burlington Northern Santa Fe (BNI) dengan pelaburan bernilai RM86.3 bilion. Dalam mesej tahunan untuk syarikatnya, Buffett berkata: “Kita banyak melabur ketika kegawatan dua tahun lalu. Apabila hujan emas turun, capailah baldi, bukan cawan.” - Agensi


This entry was posted on Friday, March 12, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments