Selangor Timbang Saman Polis  

Posted by Kunta-Kinte

KUALA LUMPUR 12 Mac - Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tindakan ganas pihak polis semasa sambutan ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Ahad lalu. Malah perbincangan serius telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bersama-sama Angkatan Muda KEADILAN mengenai hal tersebut. Menurut Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin tindakan perundangan dilihat perlu kerana keganasan polis terhadap program Pakatan Rakyat masih berterusan sehingga kini. Malah Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara mahupun Ketua Polis Selangor berdiam diri berhubung insiden ini walaupun terdapat beberapa mangsa mengalami kecederaan serius seolah-olah merestui tindakan polis tersebut.


This entry was posted on Friday, March 12, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments