Debaran samada bekas pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock di bunuh atau sebaliknya mungkin akan terjawab hari ini apabila pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka mendedahkan laporan autopsi kedua beliau apabila prosiding inkues bersambung di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.
Dr Pornthip membuat pendedahan yang mengegarkan negara apabila membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Beng Hock dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja beliau membunuh diri.
Jelas beliau tanda bulat pada leher mendiang Teoh menunjukkan dia ‘dicekik’ manakala retakan pada tengkorak mangsa bukan satu kecederaan akibat terjatuh lantas menyanggah pakar forensik kerajaan yang mendakwa Teoh membunuh diri.
Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.
Pakar forensik itu membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kepada tiga faktor penting termasuk laporan bedah siasat yang menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.
Dr Pornthip juga menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh serta kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.
Kerajaan negeri Selangor menggunakan khidmat serta kepakaran Dr Pornthip bagi membantu siasatan ke atas kematian Beng Hock.
Bekas setiausaha politik berusia 32 tahun itu ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam ,Shah Alam,Selangor dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Mayat mendiang ditemui dalam keadaan terlungkup .
Beng Hock datang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang hari Rabu 15 Julai 2009 untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor.
Sehari sebelum kematian Teoh SPRM menyerbu pejabat majikannya, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di Shah Alam untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.
Mayat Beng Hock digali semula pada 21 November 2009 bagi menentukan punca sebenar kematian setelah pengumuman Dr Pornthip mengenai kesimpulan beliau menimbulkan keraguan pada keluarga mendiang. - Suara keadilan

This entry was posted
on Friday, February 19, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.

0 comments