Taliban serang Kabul  

Posted by Kunta-Kinte



SEBUAH pusat beli-belah terbakar selepas anggota-anggota Taliban melancarkan serangan di Kabul semalam.



KABUL - Sekumpulan 20 militan Taliban menyerang bandar Kabul di Afghanistan menyebabkan lima orang awam termasuk seorang kanak-kanak maut manakala hampir 40 orang lagi cedera semalam. Kementerian Pertahanan Afghanistan mengesahkan tujuh penyerang dibunuh anggota-anggota tentera dalam pertempuran sengit di Kabul selama tiga jam yang bermula kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan.

Ia merupakan serangan terburuk sejak Oktober tahun lalu di Kabul selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah rumah rehat yang digunakan oleh kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mengakibatkan 11 orang terbunuh.

Serangan itu dilakukan ke atas beberapa buah bangunan kementerian dan sebuah pusat beli-belah. Selepas serangan itu berakhir, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai mengumumkan tahap keselamatan telah dipulihkan semula. Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid memberitahu agensi berita AP, 20 anggota militan yang bersenjata memasuki Kabul dengan menjadikan Istana Presiden dan bangunan lain di tengah ibu negara sebagai sasaran serangan.

Bunyi letupan dan tembakan itu selama beberapa jam mengakibatkan kebanyakan penduduk terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri. Seorang peniaga, Mohammad Hussain berkata, puluhan ribu askar Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah dihantar ke Afghanistan tetapi tahap keselamatan di Kabul semakin merosot. Kedutaan AS mengutuk serangan itu. - AP Lihat Video...

This entry was posted on Tuesday, January 19, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments