Kempen Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini seakan memberi gambaran sejelasnya bahawa selama ini UMNO tidak pernah menjuarakan rakyat, mereka hanya tahu 'menjuarakan' diri para pemimpin UMNO itu sendiri.
Kenapa apabila UMNO sudah hampir separa mati, barulah macam-macam slogan, cogankata dan kempen di lancarkan? Kenapa apabila para pemimpin UMNO merasakan bila retak hanya menanti belah sahaja, barulah perhatian diberikan kepada rakyat ? Kenapa disaat UMNO telah mula merasa bahang-bahang kelemasan barulah rakyat di pandang ? Kononnya didahulukan, Kenapa tidak dari dahulu lagi rakyat Malaysia diberikan perhatian sewajarnya, tidak kira kaum dan agama dibantu?
Sekarang ini jika kita lihat iklan-iklan, semuanya bertemakan 1Malaysia, mesti ada Melayu, Cina dan India. Adakah para pemimpin UMNO dapat rasakan bahawasanya telah begitu terlihat betapa mereka kini semakin kurang di yakini oleh setiap kaum utama di negara ini ? Apa sebabnya ?
Setelah hampir 'pupus' dalam PRU12 ? Setelah hampir 'lupus' semasa pembentangan dan pengundian bajet tahunan di Parlimen baru baru ini ? Apa akan terjadi seandainya lebih banyak ahli-ahli Parlimen hadir di hari pengundian bajet tersebut ? Waima menang 1 undi, PRU terpaksa di diadakan lagi, dan andainya ia berlaku apa yang bakal terjadi pada para pemimpin UMNO ? Kita khuatir ianya hanya tinggal nama. Lebih tepat UMNO 'tinggal kenangan' sahaja.
Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya lagi. Dalam situasi politik yang kian hangat kini, para pemimpin UMNO terpaksa 'main kotor'. Agenda-agenda negatif disusun satu persatu demi untuk memudarkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Tidakkah mereka sedar, semakin mereka galak 'memusnahkan' Pakatan Rakyat, semakin rakyat bersimpati dan yakin dengan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat ! How sad .
Di saat para pemimpin UMNO cuba meyakinkan diri masing-masing bahawa rakyat masih sayangkan mereka, jangan pula mereka terkejut, rakyat lebih selesa berada di naungan Pakatan Rakyat. Kemenangan dua kerusi dalam pilihanraya kecil baru-baru ini bukanlah kayu pengukur bahawa rakyat sudah kembali kepangkuan UMNO. Kerana kawasan itu adalah kawasan undi pos UMNO.
http://drsitimariah.blogspot.com/





0 comments