"Prebet" jual Enjin - Lawak tahun 2010  

Posted by Kunta-Kinte

Malaysia adalah negara yang paling pelik dalam dunia apabila prebet ataupun askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin  jet keluar negara.

Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut. Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.

Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.

Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007. Link

Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.

Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.

"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.

Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.
PELIK WAL AJAIB.

http://mutaligat.blogspot.com/

This entry was posted on Tuesday, January 05, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

mat korek  

kah kah kah...mmg lawak giler peguam negara nie...