
MEHMET melambaikan tangannya selepas dia dibebaskan dari sebuah penjara di Ankara, Turki semalam.
ANKARA - Seorang lelaki Turki, Mehmet Ali Agca, yang cuba menembak mati Pope John Paul II pada 1981 dibebaskan daripada sebuah penjara semalam selepas menjalani hukuman penjara selama 29 tahun. Media melaporkan Mehmet pernah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang utusan tuhan dan dunia akan kiamat pada abad ini.
Mehmet, 52, dengan rambut beruban dan memakai sehelai baju kemeja T berwarna biru, melambai-lambaikan tangan ke arah beberapa wartawan ketika dibawa keluar meninggalkan penjara dengan diiringi konvoi beberapa buah kenderaan.
Pihak berkuasa Turki turut merancang untuk memerhatikan Mehmet dengan lebih dekat kerana keadaan kesihatan mentalnya menimbulkan pelbagai kebimbangan. Mehmet menembak John Paul pada 13 Mei 1981 yang sedang menaiki sebuah kereta kuda di kawasan dataran St. Peter's di Vatican Itali.
Pope ditembak di abdomen, tangan kiri dan kanan namun beberapa peluru tersasar daripada mengenai beberapa kawasan organ penting. John Paul bertemu dengan Mehmet di penjara Rebibbia Itali pada 1983 dan memaafkan perbuatan lelaki warga Turki itu. - AP
This entry was posted
on Tuesday, January 19, 2010
and is filed under
Luar Negara
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments