Selepas setengah abad Umno mengaku Islam, membaca Al-Quran dan memerintah Malaysia, tiada seorang pun pemimpin mereka yang mahu melaksanakan undang-undang Hudud. Tertanya-tanya juga, apakah kitab al-Quran yg Umno baca takda ayat2 tentang hudud? bagaimana Rasulullah boleh dapat arahan laksanakan hudud jika bukan Allah menyebutnya dlm Al-Quran. Adakah Quran Umno berbeza dengan Rasulullah?
Apakah hujah masyarakat Majmuk masih terpakai setelah Umno memerintah 50 tahun, sedangkan hudud Madinah terlaksana setahun selepas Rasulullah menjadi Perdana Menterinya, Ya! jangan lupa, di Madinah ada kaum Yahudi dan Nasrani yang menjadi musuh tegar Islam, tetapi Rasulullah berjaya mbuatkan mereka akur menerima undang-undang yang dikhaskan untuk Umat Islam sahaja.
Semasa PAS memerintah Terengganu, hukum hudud sudah diluluskan, bila Umno rampas Terengganu kenapa tak laksanakan sahaja undang-undang itu. Apakah Umno Terengganu fikir undang-undang ciptaan mereka lebih besar dari Allah. Memang Umno pandai buat lawak. Mengaku Islam, jerit satu dunia bahawa Malaysia Negara Islam tapi hakikatnya undang-undang Islam pun ditolaknya.
Apa kata Ustaz ustazah Umno?…nampaknya umat Islam makin jauh dari Islam. Saya nasihatkan Ustaz Ustazah umno letak jawatan sahaja. Tak payah jadi orang politik kalau malu nak angkat hukum Allah….baik duduk masjid jadi imam, lebih banyak pahala dari bercampur ahli politik Umno yang gah dengan hukum buatan mereka sendiri…
Herman Samsudeen
http://syukran.wordpress.com/
This entry was posted
on Saturday, January 02, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments