31 Disember 2009 - Operasi Dakwah Tahun Baru 2010 ini telah diketuai oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan dibantu oleh aktivis-aktivis dakwah bertujuan untuk menyebarkan dakwah kepada orang ramai, terutama muda-mudi dengan mendekati mereka selain menyebarkan risalah yang diadaptasi dari tulisan Dr Mohd Asri yang bertajuk; “Jalan Pulang ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas”.
Beberapa kumpulan telah dibahagikan dan ditugaskan untuk bergerak di beberapa tempat sekitar Seberang Prai yang menjadi tumpuan untuk menyambut Tahun Batu 2010.

Sambutan yang hangat diberikan oleh para muda-mudi yang rata-rata mengenali Dr Mohd Asri, selain memberikan maklum balas positif di atas usaha yang dilakukan. Mereka juga dilihat tidak segan untuk mendekati Dr Mohd Asri dan beramah mesra dengannya.
“Tujuan saya sendiri turun adalah untuk menggerakkan jentera dakwah yang bersama-sama saya untuk terus berdakwah sepanjang tahun 2010.” Kata Dr Mohd Asri.
Operasi ini dilancarkan secara berkembar di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, operasi dijalankan di sekitar Kuala Lumpur City Centre dan diketuai oleh aktivis dakwah muda yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar IPT tempatan.

Maklum balas yang sebegini positif menunjukkan bahawa tidak wujud jurang di antara aktivis agama dengan para pemuda selagimana orang-orang agama sendiri tidak keberatan atau tidak malu untuk turun ke medan dakwah dan mendekati mereka. Operasi berakhir pada jam 2.00 pagi dan diteruskan dengan solat sunat gerhana yang dilakukan di Institut al-Qayyim.
http://drmaza.com/
This entry was posted
on Friday, January 01, 2010
and is filed under
Umum
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments