Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata :
“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini malah sedia menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalangnya.”
"Ini bukan hal politik dan ini juga bukan hal peribadi tetapi melibatkan keselamatan dan jika terpaksa dan keadaan menjadi lebih teruk, kita tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk ISA.
"Tindakan itu juga termasuk mereka yang melakukan demonstrasi yang boleh mencetuskan kekacauan. Ini penting dalam memastikan tiada sesiapa bertindak mengikut emosi," kata Hishammuddin. [klik sini].
Saya sokong penggunaan ISA.Cepatlah bertindak dengan menangkap mereka yang terang-terang menjadi pencetus ketegangan sekarang ini.
Perkara pertama; sebelum ini, Hishamudun pernah buat kenyataan :
"Buat masa ini, dalam keadaan seperti ini, jika tidak dibenarkan, ia akan mewujudkan emosi dan jika dibenarkan, emosi itu akan sampai ke tahap yang tidak dapat dikawal, ini akan menjejaskan keselamatan negara," katanya di sini
Lihatlah kenyataan Najib berikut :
Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.
Jelas bahawa Najib sendiri telah memberikan sokongan secara tidak langsung supaya orang ramai mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat.Keadaan ini telah menambahkan ketegangan antara kaum dan ugama dalam negara.Benarlah seperti apa yang Hishamudin nyatakan :
Saya sarankan supaya Hishamudin lakukan tangkapan ISA terhadap abang sepupunya itu sendiri - PM Najib Tun Razak atas sebab kenyataannya yang mengapi-apikan sentimen keugamaan rakyat.
Perkara Kedua, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata :
"Polis turut memantau laman web yang didapati menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan mengajak mereka untuk berhimpun secara haram."
Saya sarankan agar Musa Hasan gi tangkap Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman yang jadi batu api melalui entri diblognya dengan gambar disini.
Jangan asyik nak tangkap orang Pakatan Rakyat sahaja bila berlaku ketegangan kaum yang dicetuskan oleh Umno sendiri.





0 comments