Malaysia pun ada KGB?  

Posted by Kunta-Kinte

KGB adalah satu organisai agensi keselamatan, polis rahsia dan risikan Soviet Union yang beroperasi sejak 1954 hingga 1991.

Ramai pakar yang mengangap KGB sebagai sebuah agensi inteligen yang paling berkesan dalam dunia ketika waktunya.

Antara modus operandinya ialah merancang penculikan dan pembunuhan.

Adakah Polis cawangan Khas kita juga turut melakukan modus operandi yang sama seperti KGB ?

Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam , yang pernah bertugas sebagai Polis Cawangan Khas selama 17 tahun, pernah hilang gara-gara pendedahannya tentang kematian model Altantuya melalui Surat Akuan Bersumpahnya.Beliau ada menceritakan pengalamannya disini.

Terkini, dua peguam yang mewakili dan membantu Bala berhubung akuan bersumpah yang dibuat beliau pada Julai 2008 kini terpaksa menghilangkan diri akibat menerima ancaman kepada nyawa mereka.

Mereka adalah Americk Singh Sidhu (gambar)dan Amarjit Singh Sidhu .Kedua-dua kini berada diluar Malaysia sejak November lalu kerana tidak berasa selamat berikutan pendedahan temuramah Bala yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today November lalu.

Amarjit Singh Sidhu , bekas anggota Cawangan Khas sebelum menjadi peguam, mendakwa mendapat tekanan daripada anggota Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia.Sebagai bekas anggota Cawangan Khas seperti P.Balasubramaniam,sudah tentu Amarjit juga amat mengetahui tentang modus operandi,kemampuan dan keupayaan pihak yang mengancam nyawanya.

Seorang lagi peguam, Manjeet Singh Dhillon yang juga bekas presiden Badan Peguam Malaysia mengalami pengalaman menakutkan apabila rumah beliau dibaling beberapa bom petrol tidak lama setelah video temuramah Bala disiarkan dalam Youtube.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien buat kelakar bila beliau berkata kerajaan menjamin keselamatan seluruh rakyat termasuk warga asing yang berada di negara ini...


http://alhusseyn51.blogspot.com

This entry was posted on Friday, January 08, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments