Muzakarah Pakar : Pak Lah meracau dalam tidurnya  

Posted by Kunta-Kinte

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa muzakarah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga turut menafikan berita tersebut. Lihat sini

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat, lapor Harakahdaily

Kelmarin, akhbar perdana tempatan melaporkan bahawa Pengerusi Ikim Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Muzakarah Pakar itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.

Tak sangka , Pengerusi Ikim yang merupakan mantan PM yang tabiatnya suka tidor dikhalayak ramai ini rupa-rupanya nya sedang mengigau waktu buat kenyataan tersebut . Apasal meracau sampai macam tu sekali?


http://alhusseyn51.blogspot.com/

This entry was posted on Saturday, January 23, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments