Kisah Ajaib Tentera Yang Ditusuk Pisau Sedalam 4 Inci  

Posted by Kunta-Kinte

Tusukan sedalam 4 Inci Di Tengkorak Sergeant Dan Powers - Foto Thatsweird

SEORANG tentera Amerika yang nekad berlari untuk mendapatkan pertolongan selepas ditusuk pisau sedalam empat inci di bahagian tengkoraknya dapat diselamatkan.
Sergeant Dan Powers pada mulanya tidak sedar dengan tusukan pisau tersebut yang dilakukan oleh seorang pemberontak Iraq.

Menurutnya, Kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang meronda-ronda di sekitar Timur Baghdad dan didatangi seorang lelaki dari belakang. Powers yang tidak sedar dengan tusukan pisau tersebut hanya berperangsaka seperti bola yang mengena pada bahagian mukanya sehingga diberitahu perkara sebenar oleh kawanya.

Kawan-kawannya yang berada di tempat kejadian nekad menarik keluar pisau yang tersusuk di mukanya dengan menggunakan pembalut luka dan cawan plastik. "Tindakan yang pantas daripada kawan-kawannya tersebut telah dapat menyelamatkan nyawa Powers", kata doktor Teff.

Menurut Dr.Teef, Powers berisiko tinggi mengalami lumpuh, kerosakan pada otak dan hilang penglihatan akibat kecederaan yang dialaminya, tetapi satu keajaiban telah berlaku kerana Powers dapat diselamatkan tanpa sebarang masalah. Powers yang dapat dipulihkan sepenuhnya selepas mendapat rawatan di hospital tentera tersebut menyifatkan sebagai satu keajaiban berlaku dalam perubatan dunia tentera.


http://www.mstar.com.my

This entry was posted on Tuesday, January 05, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments