Allah milik Umno dan NGO Ibrahim Ali?  

Posted by Kunta-Kinte

Pemuda Umno Selangor menangguhkan demonstrasi besar-besaran yang dirancang berkenaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah. Klik disini. Sementara itu, NGO Ibrahim Ali, Pribumi Perkasa merancang untuk mengadakan demonstrasi hari Jumaat ini. Klik disini. Baguslah jika Umno dan NGO Ibrahim Ali membudayakan demonstrasi. Demonstrasi sememangnya amalan negara demokrasi.

Oleh itu, jangan marah nanti jika penyokong Anwar Ibrahim mengadakan demonstrasi jika keputusan mahkamah berat sebelah. Jangan pula marah jika rakyat berdemonstrasi menentang GST yang bakal diperkenalkan oleh Najib Razak nanti.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dinasihatkan agar terus mengamalkan sikap berat sebelah. Jika Umno dan NGO Ibrahim Ali adakan demonstrasi, biarkan. Jangan cuba-cuba sentuh dan lakukan tangkapan.
Sebaliknya, jika penyokong Anwar Ibrahim berdemonstrasi, tangkap mereka, pukul mereka kalau boleh ….. mereka sekali. Senang cerita. Nanti jika ada rakyat nak menentang usaha Najib nak menjadikan Malaysia negara maju dengan memperkenalkan GST, PDRM harus pukul mereka, tembak dengan gas, penuhkan lokap di seluruh negara kerana mereka ini cuba menghalang Malaysia untuk menjadi negara maju.
Bukankah Najib Razak dan Barisan Nasional itu wakil Allah untuk memerintah Malaysia? Kalau tak percaya, sila tanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


http://www.aminiskandar.com/

This entry was posted on Tuesday, January 05, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments