Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam. Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).
![]() |
![]() |
Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.
Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.
![]() |
![]() |
Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.
Lihat Video....Klik sini
This entry was posted
on Saturday, January 30, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.









0 comments