Polis pertahankan tindakan tembak ke arah ibu tunggal  

Posted by Kunta-Kinte

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman mempertahankan tindakan anggotanya melepaskan lima das tembakan ke arah kereta dinaiki seorang ibu tunggal bersama tiga rakannya di Lebuh Raya Lingkaran Tengah pada Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, siasatan mendapati anggota berkenaan telah menjalankan tugas mengikut undang-undang dan wanita berkenaan tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Dia boleh mengatakan apa pendapatnya tetapi dia harus tahu dengan siapa dia bercampur, dalam keadaan kereta mana dia berada...dia tahu semuanya dan kita tahu bagaimana anggota kita tidak bersalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Semalam, wanita berusia 30 tahun itu membuat aduan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mendakwa pada 30 Oktober tahun lalu, dia ditembak ketika berada dalam kereta bersama tiga rakannya ketika dalam perjalanan ke Segambut.(Klik sini)

Muhammad Sabtu berkata, pihak polis tidak akan menghalang sekiranya wanita itu mahu membawa kes tersebut ke mahkamah kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa mereka menjalankan tugas secara beretika.

This entry was posted on Saturday, January 30, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments