Kelantan di era Ariffahmi  

Posted by Kunta-Kinte

Jarang sekali membaca blog Kickdefella. Bukan tidak mahu membaca, tetapi bimbang hati ini berbolak balik. Jika tidak percaya, dirasakan seperti benar. Jika mahu dikatakan benar, seperti tidak benar. Tetapi, apabila blog itu mendedahkan sesuatu yang memahitkan - terutama berkaitan dengan Arif - mengapa tidak dinafikan, ataupun mengambil sikap untuk saman Kickdefella?

Kenapa Kelantan yang dikagumi sejak 1990 itu, tiba-tiba berubah wajah di tahun 2010? Kenapa imej Tok Guru nik Abdul Aziz yang cukup kita sayangi, dilihat semakin tercalar dikeranakan wujud seorang menantu?

Arif orang cerdik dan bijak. Jika tidak, masakan ada IR. Kalau dia berniaga, sudah pasti dia akan kaya. Tetapi, kenapa masih lagi mahu ”bergantung dengan jubah” bapa mertua?

Masa bertemu dahulu, dia seringkali berkata, bahawa dia amat tahu kehendak Tuan Guru dalam membina Kelantan. Tetapi, kenapa membina kelantan di era arif ini dilihat imej tok guru semakin hari semakin tercalar?

Jangan membangun bersama Islam di Kelantan di era Arif menyebabkan Kelantan kalah dalam PRU akan datang – Wal ’iya zubillah.kesiankanlah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan angkatan exconya sejak sekian lama yang telah penat lelah membangunkan kelantan..

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

This entry was posted on Monday, January 18, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments