Buang kaki bangku  

Posted by Kunta-Kinte

Kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran keatas gereja adalah sesuatu yang sangat memalukan negara. Keadaan ini terus memberikan imej yang buruk kepada negara kerana dilihat tidak punya keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat.

Kegagalan ini perlu dipertanggungjawab keatas KDN dan PDRM khususnya DS Hishammudin selaku menteri KDN dan Tan Sri Musa Hassan selaku KPN yang jelas gagal untuk mencapai KPI dan NKRA kedua dua institusi tersebut.

Oleh itu amat wajar DS Hishammudin dan Tan Sri Musa melepaskan jawatan atau diberhentikan dari jawatan masing masing atas kegagalan mencapai KPI masing masing. Apa guna bercakap dan bermesyuarat berkenaan KPI bila KPI paling penting untuk KDN dan PDRM ialah menjaga keselamatan rakyat dan harta benda rakyat tidak dapat dijamin. Ini dapat dilihat dengan kejadian terbaru disebuah gereja di Kota Tinggi yang boleh mengakibatkan berlaku pertembungan antara kaum dan agama dikalangan raayat Malaysia.

Kabinet Najib hanya bercakap besar tentang pencapaian KPI,walaupun sudah dua kali kabinet membincangkan persoalan KPI,tiba tiba kewajipan asas kerajaan amnya dan KDN serta PDRM khasnya untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga harta benda raayat tidak dapat dilakukan.Kabinet Najib tak ubah seperti pertubuhan NATO.NO ACTION TALK ONLY.

Hishammudin dan Musa Kena berhenti atau diberhentikan daripada jawatan masing masing. Najib kena tunjuk pada rakyat "Kaki Bangku" seperti Hishammudin dan Musa tidak ada tempat dalam kabibet dan kerajaan. Buang saja mereka baru Najib boleh bercakap "Walk the talk"

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

This entry was posted on Monday, January 18, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments