Kekasih tolak hadiah Ferrari RM754,937  

Posted by Kunta-Kinte



GAMBAR kereta Ferrari California.



LONDON - Seorang pelajar, Melanie Slade enggan menerima hadiah kereta Ferrari California berharga £140,000 (RM754,937) sempena hari lahirnya ke-21 tahun yang dihadiahkan oleh kekasihnya iaitu bintang kelab bola sepak Arsenal, Theo Walcott lapor sebuah akhbar semalam.

Dia sebaliknya mendakwa berasa lebih selesa dengan hadiah sebuah kereta Volkswagon Beetle bernilai £20,000 (RM107,809) berwarna putih yang telah dihadiahkan oleh Walcott semasa hari lahirnya yang ke-18 tahun dengan nombor plat peribadi.

Gadis itu akan menyambut hari lahirnya yang ke-21 pada bulan ini. Melanie yang masih belajar kursus fisioterapi di Hospital George di sini menganggap kereta Ferarri itu terlalu 'menjolok mata' dan tidak sesuai untuk dipandu di kampusnya.

Dia dilaporkan memberitahu rakan-rakannya tentang harapannya supaya kekasihnya itu yang memperoleh pendapatan £60,000 (RM322,952) seminggu supaya tidak menunjuk-nunjuk kemewahan. Seorang rakan memberitahu: "Melanie seolah-olah tidak percaya bahawa dia (Walcott) berbelanja terlalu banyak. Dia menganggap perbuatan itu membazirkan wang."

Melanie berasa malu dengan rakan-rakan belajarnya kerana dia mengetahui harga kereta tersebut terlalu mahal manakala pelajar-pelajar lain bergelut untuk menyimpan wang bagi membeli makanan.
- Agensi

This entry was posted on Tuesday, January 12, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments