Keganasan terhadap rumah ibadat berterusan, PM, Menteri Dalam Negeri dan KPN harus letak jawatan  

Posted by Kunta-Kinte

Keganasan terhadap rumah ibadat berterusan. Bermula Jumaat lalu, lapan gereja telah diserang dengan pelbagai cara termasuk satu terbakar rentung di Desa Melawati. Terbaru, kuil Sikh di Sentul pula menjadi mangsa balingan batu. Klik disini dan disini.

Kejadian keganasan terhadap rumah ibadat ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Jika berterusan, negara akan berada dalam keadaan huru-hara.

Jelaslah Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara telah gagal untuk mempertahankan keharmonian Malaysia yang selama ini aman damai walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kejadian demi kejadian yang berterusan ini menghancurkan imej Malaysia dimata dunia.
Yang akan terus menanggung derita dan kesusahan sudah pastilah rakyat bawahan. Mereka yang akan di”cukai”kan.

Telah tiba masanya bagi Najib Razak, Hishamuddin Hussein dan Musa Hassan untuk meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada orang lain yang mampu untuk menggembalikan keamanan dan kestabilan negara.

Pelancong-pelancong pasti akan berkurangan kerana takut membaca berita-berita mengenai Malaysia. Pelabur-pelabur asing akan cabut lari dan ekonomi negara akan semakin merudum. Hishamuddin Hussein tidak habis-habis dengan ugutannya untuk menangkap perlaku-perlaku keganasan terhadap rumah ibadat dengan menggunakan ISA. Klik disini.

Siapakah yang akan menjadi mangsa ISA kali ini? Perlaku keganasan terhadap rumah ibadat atau tangkapan akan dilakukan ala “Operasi Lalang”?

This entry was posted on Thursday, January 14, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments