Ini bukan jihad, Ini keganasan  

Posted by Kunta-Kinte

Assalamualaikum dan Salam Sajahtera

Berikutan dengan tindakan Pelampau Agama yang membakar Gereja dan menimbulkan kekacauan di seluruh Negara saya dengan ini ingin mengeluarkan kenyataan penuh berkenaan dengan nya seperti berikut :-

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau pihak-pihak yang terbabit.Dalam Islam ia adalah haram untuk memusnahkan atau merosakkan rumah ibadat agama lain.

Ini adalah perancangan pihak tertentu untuk mewujudkan suasana ketakutan dan tidak selamat serta ketegangan kaum dan agama dalam negara. Saya tidak menolak kemungkinan besar dibelakang peristiwa-peristiwa sebegini ialah orang-orang politik tertentu (dalam Umno). Umno sudah tidak mendapat sokongan rakyat terbanyak. Mereka telah beberapa kali mengingatkan rakyat mengenai berulangnya peristiwa 13 Mei dan mereka mahu rakyat menyokong mereka dengan cara menakutkan rakyat. Insiden kepala lembu diantara perancangan mereka yang gagal membangkitkan kemarahan rakyat Islam dan Hindu.

Saya juga ingin mengingatkan rakyat supaya bertenang dan jangan terperangkap dengan agenda politik Umno/BN yang sudah tidak mampu memikat rakyat dengan agenda '1 Malaysia'.

Saya suka mengingatkan umat Islam supaya jangan melampau dalam tindakan terhadap agama lain kerana akhirnya akan menimbulkan kebencian penganut agama lain terhadap mesej keadilan yang dibawa oleh Islam. Ini bukan jihad. Ini keganasan. Kalau hendak berjihad lengkapkan diri dengan ilmu Islam dan sedia untuk berdakwah dimana sahaja dengan menjadi mubaligh-mubaligh dan mubalighah-mubalighah.

Ingin menyatakan rasa sedih dan kebersamaan saya dengan rakyat, dan meminta mereka bersabar serta bertenang serta tidak melatah dengan provokasi mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab ini.


YB Dr Siti Mariah Mahmud
MP for Kota Raja

This entry was posted on Friday, January 08, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments