Gus Dur: ulamak anti-rasis, pejuang kebebasan dan demokrat tulen. Sebaik saja saya menaiki teksi di lapangan terbang Jakarta, supirnya terus menyampaikan khabar sedih bahawa Gus Dur telah meninggal dunia. Entah mengapa itu yang diberitahu terlebih dahulu kepada saya. Mungkin itulah cara supir itu berkongsi kesedihannya dengan saya terhadap kembalinya pemimpin besar mereka ke Rahmatullah. Terasa benar kesedihan saya bersama-sama dengan rakyat Indonesia di atas pemergian Gus Dur atau nama sebenarnya Abdurrahman Wahid yang menjadi Presiden Indonesia yang keempat.
Gus Dur bukanlah pemimpin yang termasyhur, dinamik dan banyak wawasan. Allahyarham juga bukan pemimpin yang pandai berpakaian suit Barat segak ala Saville Row atau jaket Nehru. Malah, beliau juga tidak dilihat memakai topi ala “English country gentleman”. Malah, semasa menjadi presiden, Gus Dur tidak pernah cuba menjadi pemimpin dunia ketiga dengan menghentam dan memaki hamun Amerika Syarikat serta kuasa-kuasa besar lain.
Cara Allahyarham macam orang kampung. Pakaiannya selalu batik Jawa yang nampak sederhana kualitinya. Dia bercakap pun tidak seperti pemidato besar. Dia juga hampir buta semasa memegang jawatan presiden. Ramai yang memperkecilkan sumbangan Gus Dur tetapi itu mungkin kerana mereka ini terlalu asyik dengan pemimpin yang suka cakap besar dan pandai bergaya serta banyak bercerita tentang mercu tanda gergasi dan bangunan pencakar langit. Mereka ini tidak sedar bahawa hati dan fikiran Gus Dur sentiasa celik.
Gus Dur juga membangunkan Indonesia tetapi dengan caranya yang tersendiri. Jasanya ialah mempertahankan demokrasi bagi Indonesia. Beliau mempertahankan pluralisme, menerima kepelbagaian etnik Indonesia sebagai satu “nation”. Beliau memberi hak dan penghormataan kepada rakyat Indonesia yang berketurunan Cina dan mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara Indonesia yang sebelum itu merasakan diri mereka diketepikan. Beliau membenarkan rakyat Papua menggunakan nama asal mereka Papua dan bukan lagi Irian Jaya. Beliau bagitu simpati dengan perasaan rakyat Aceh untok mendapat autonomi walaupun tetap tegas dalam usahanya menyatukan republik Indonesia.Usaha ini disambut baik sehinggakan pengaliran wang keluar ke Singapura berkurangan. Dengan itu ekonomi Indonesia mula dibangunkan semula bersama semua kaum. Malah dia yang mengisytiharkan Tahun Baru Cina sebagai cuti umum di Indonesia. Bagi Gus Dur, seorang ulamak terkenal, diskriminasi kaum atau “racism” adalah pelanggaran hak asasi manusia yang paling buruk dan hina.
Gus Dur juga memberi nafas baru kepada usaha membawa ajaran Islam tradisional kepada satu tahap yang lebih progresif, yang menerima elemen kemodenan. Sudah tentu usahanya itu menimbulkan kontroversi. Beliau pernah dituduh menolak ungkapan Assalamualaikum kerana mencadangkan, kalau sekadar menyapa, tidak ada salahnya disebut selamat pagi, selamat sore dan selamat malam. Orang yang jahil agama terus mencercanya kerana tidak faham penjelasan Gus Dur bahawa salam dalam sembahyang tidak boleh diubah, hanya sapaan saja yang patut mengikut keselesaan tempatan. Dia sebenarnya mahu kurangkan pengaruh budaya Arab yang tidak boleh menghakis budaya Nusantara serta menjejaskan ajaran Islam itu sendiri.
Gus Dur adalah seorang ulamak tradisional tetapi kematangan fikirannya dalam soal demokrasi, hak asasi dan kebebasan telah memalukan golongan moden yang masih dibelenggu perkauman dan kesempitan agama. Gus Dur pernah mencadangkan supaya Indonesia menarik balik pengharaman ideologi komunis atas dasar kebebasan. Bila ditanya dalam satu wawancara TV Indonesia apa gunanya kebebasan kalau masyarakat huru-hara, beliau menjawab, masyarakat akan hanya huru-hara apabila orang tidak mahu berfikir. Bagi beliau, kebebasan itu bukan satu kesalahan.
Apa pun kesilapan pentadbiran atau pandangannya, Gus Dur tetap saya anggap sebagai seorang intelek dan ulamak terkemuka. Mungkin ada yang berkata Gus Dur tidak boleh dianggap pemimpin cemerlang tetapi itu tidak bererti kita harus menafikan jasa dan sumbangan Allahyarham sebagai seorang pemimpin humanis, adil, penuh dengan rasa kemanusian dan mengamalkan kebebasan. Hati dan amalannya mencerminkan jiwa sederhana yang dituntut oleh Islam. Rasa bongkak tidak pernah ada dalam dirinya; tidak seperti seorang pemimpin di rantau ini yang kita semua tahu terlalu bangga diri dan besar ego dalam dirinya.
Selamat jalan Gus Dur. Semoga roh mu dicucuri rahmat Allah. Buat sahabat-sahabat saya di Indonesia, semoga semangat Gus Dur akan terus diperjuangkan demi mempertahankan demokrasi, kebebasan, hak asasi dan serta hak-hak kaum minoriti.
Zaid Ibrahim
http://myzaidibrahim.wordpress.com/
This entry was posted
on Friday, January 01, 2010
and is filed under
Luar Negara
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments