Utusan Malaysia Online melaporkan, Tok Guru Nik Aziz kata di Kelantan ada cah keting. Semua orang rasa tak seronok dengan apa yang Tok Guru sebut berlaku di Kelantan itu. Kenyataan ini tentu merujuk kepada perkembangan terkini yang melibatkan beberapa individu, atau boleh jadi juga lebih daripada itu di Kelantan.Bagi sebahagian orang, kenyataan itu seperti membuka pekung di dada. Menyembunyikan pekung tentu lebih baik daripada mendedahkannya. Kalau ingin dibuka juga, biarlah pekung itu dibuka dihadapan orang yang tertentu sahaja seperti di hadapan pakar sakit kulit, misalnya.
Namun, kalau pekung itu sudah diketahui umum, menyembunyikannya pun tidak bermakna apa-apa lagi. Pemberitahuan itu sekadar mengesahkan apa yang belaku. ‘Tahsil al-hasil’, kata orang Arab, yakni memaklumkan perkara yang orang telah tahu.
Kelantan dipimpin oleh Tok Guru. Negeri itu subur dengan ilmu dan kaya dengan ulama’. PAS sudah memerintah hampir 20 tahun. Lojiknya, kalau di Kelantan yang sebegitu pun ada cah keting, bolehkah perkara itu dinafikan daripada berlaku di tempat-tempat lain?
Di Kelantan tuaknya halal, di utara pula tuaknya haram. Di Kelantan ada cah keting, di utara ada ‘daeh’. Maksudnya sama, cantas-mencantas, jatuh-menjatuh, guling-mengguling. Hasilnya juga sama, orang yang mengecah keting rasa puas, orang yang dicah keting berasa sakit dan kecewa.
Orang yang mendaeh rasa bangga, orang yang kena daeh pula terluka dan hampa. Sama ada cah keting atau daeh, yang rugi adalah parti.
Parti akan semakin lemah kerana:
- akan dipenuhi oleh tukang angguk dan tukang ampu.
- akan kekurangan orang yang berkebolehan dan berpotensi.
- hubungan sesama anggota parti akan renggang dan rosak.
- pergerakan parti mencapai matlamat akan tergangguh.
- musuh mengambil kesempatan menyerang parti.
- berjuang bukan kerana kebenaran tetapi kerana kepentingan.
- menakutkan generasi muda terpelajar untuk bersama parti.
- persepsi umum bahawa semua parti politik adalah sama.
Untuk makluman Tok Guru, kalau di Kelantan ada cah keting, di Perlis ada daeh. Cuma bezanya, cah keting di Kelantan, PAS berkuasa, tetapi daeh-mendaeh di Perlis, kerusi PAS hanya ada DUA.
Saya pun rasa tak seronok hendak menulis perkara ini, tapi kerana Tok Guru sebut apa yang berlaku di Kelantan,saya rasa tentu tidak salah saya sebut apa yang berlaku di Perlis.
http://bongkarsauh.blogspot.com/
This entry was posted
on Monday, January 18, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments