Setelah lama melihat politik pertentangan, kita dapat melihat sekurang-kurang kesemua pemimpin politik setuju dalam hal ini: Perbuatan membakar gereja di Kuala Lumpur adalah satu perbuatan bodoh. Saya berharap ia bukanlah perbuatan orang Islam kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan hal sedemikian.
Apa pun kita tunggulah siasatan polis dan memandangkan perbuatan ini bukan saja mencemarkan nama negara tetapi juga Islam itu sendiri (akibat perbuatan orang Islam yang menuding jari kepada sesama sendiri), maka saya berharap polis dapat merungkai persoalan ini dengan segera.
Pada masa yang sama, saya juga kesal dengan perbuatan segelintir rakyat negara ini yang menuding jari kepada satu sama lain menuduh kumpulan tertentu melakukannya. Sesetengah orang sudah tidak lagi mampu berfikir secara rasional dan melihat di luar tempurung politik kepartian yang sempit itu. Ini juga adalah satu perbuatan tidak berakal -- sama seperti orang yang membakar gereja tersebut.
Sekarang bukan masa menangguk di air keruh!
http://nobisha.blogspot.com/
This entry was posted
on Friday, January 08, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.






0 comments