Zahrain: Bangkang ISA, GST tapi puji 1Malaysia  

Posted by Kunta-Kinte

Sempena hari pertama perasmian sidang Parlimen penggal ketiga hari ini, beberapa anggota parlimen yang keluar PKR dan kini menjadi wakil bebas, mengambil kesempatan itu untuk menjelaskan pendirian politik masing-masing. Walaupun dilihat mempunyai pandangan dan kecenderungan yang berbeza berhubung pelbagai isu, namun mereka memberikan jaminan akan melakukan yang terbaik untuk penduduk yang diwakili. Ahli parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim - yang keluar PKR kerana tidak sependapat dengan Ketua Menteri Pulang Pinang Lim Guan Eng - hari ini berkata,walaupun tidak lagi berparti, beliau masih berpegang pada pendirian politiknya sebelum ini. Menurutnya, beliau tetap tidak bersetuju dengan dasar yang membebankan rakyat, dan tetap dengan pendiriannya menentang rasuah dan memperjuangkan keadilan....baca lagi


This entry was posted on Monday, March 15, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments