Kerajaan Gopoh Bentangkan Bacaan Kali Pertama Rang Undang-undang GST  

Posted by Kunta-Kinte

Kerajaan Umno BN perlu membuktikan keikhlasan mereka dalam mendapatkan input rakyat berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian. Beliau sendiri tertanya-tanya sama ada kerajaan benar-benar serius mahu mendapatkan maklum balas rakyat dengan melakukan pungutan suara atau kaedah lain. “Pelbagai pendekatan harus digunakan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan juga kritikan supaya ianya tidak membebankan kerajaan sendiri. “Isu ini sudah menjadi isu terbuka dan akan di debat baik di dalam atau di luar Parlimen. Akhirnya rakyat yang akan membuat penilaian sejauh mana kerajaan ikhlas manu menangani isu ini,”katanya. Beliau berkata demikian mengulas mengenai hasrat kerajaan tidak jadi membentangkan rang undang-undang perlaksanaan GST kononnya kerana mahu mendapatkan input dari rakyat....baca seterusnya


This entry was posted on Tuesday, March 16, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments