Sodomy 2: Siapakah yang benar?  

Posted by Kunta-Kinte

Pendakwa: Air mani dikeluarkan dari dubur Saiful

Peguamcara negara Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa,” kata Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok. “Terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku,” katanya.

“Apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani,” tambahnya.

Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan. Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.

**************************************************************************
Karpal: Tiada bukti kemasukan di dubur Saiful

" Laporan perubatan yang dimilikinya tidak menyebut bahawa plastik dimasukkan ke dalam dubur Saiful "

" Dua laporan perubatan yang menunjukkan tiada bukti kesan kemasukan di dubur Saiful "

"Tembusan adalah elemen penting. Tidak mungkin disabitkan kesalahan. Tiada hakim yang akan mengabaikan bukti itu,"

"Malah jika ada memanggil 1,000 saksi, apa yang asas ialah laporan perubatan menunjukkan tiada
kesan kemasukan."

**************************************************************************

Saiful akan dedah semuanya di mahkamah

Mohd Saiful Bukhari Azlan menolak tanggapan bahawa dia telah dipengaruhi oleh perdana menteri dan isterinya, untuk membuat tuduhan diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak, tidak, tidak... ianya tidak benar. Saya akan beri keterangan esok," katanya sambil menambah semuanya akan didedahkan di mahkamah.
Mohd Saiful memberitahu media demikian ketika keluar dari bilik saksi di mahkamah petang ini.

Pagi tadi, ketua pembangkang, Anwar berkata beliau meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR dilaporkan berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

Penasihat PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan jam 4.30 petang 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd Saiful tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi tadi, dan menunggu di bilik saksi sehingga prosiding hari ni selesai Mohd Saiful kelihatan tenang dan ditemani oleh peguamnya.

Ditanya sama ada dia akan menjadi saksi pertama apabila perbicaraan kes liwat Anwar bermula petang esok, Mohd Saiful berkata dia “tidak pasti tetapi ada kemungkinan besar.”

Beliau juga berkata, kenyataannya kepada media hari ini tidak berunsur prejudis kerana dia tidak menyentuh tentang kes tersebut. Menjawab soalan media, Mohd Saiful berkata dia agak letih kerana berada di bilik saksi sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, dia gembira kerana selepas menunggu selama setahun setengah, dia kini berpeluang memberi keterangan bagi membela dirinya. Bagaimanapun, katanya, penantian tersebut telah “menambah kekuatannya."

Ditanya mengenai keyakinan terhadap kes, Mohd Saiful menjawab: “Insya-Allah”.

Smile

This entry was posted on Tuesday, February 02, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments