SIS bidas tindakan Jabatan Penjara sebat 3 wanita Islam  

Posted by Kunta-Kinte

KUALA LUMPUR, Feb 18 — Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.

Pengarah Eksekutif SIS Dr Hamidah Marican berkata, tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289 Akta Kanun Jenayah.

“Sisters in Islam terkejut dengan (laporan) bahawa Jabatan Penjara telah menjalankan hukuman merotan tiga wanita Islam kerana kesalahan Syariah,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mengambil kira beberapa isu yang belum diselesaikan termasuk kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang turut dikenakan hukuman sebatan, Hamidah berkata, “kami mempersoalkan motif kerajaan meneruskan pelaksanaan hukuman merotan ke atas tiga wanita Islam (terbabit).”

Hamidah menambah, dengan melaksanakan hukuman ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.

“Kami ingin tahu sama ada lelaki yang terbabit juga didapati bersalah kerana kesalahan persetubuhan haram dan turut dikenakan hukuman dan dirotan,” katanya.

Oleh itu kata beliau, Sisters In Islam menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan hukuman sebatan ke atas wanita-wanita ini dan juga membabitkan Kartika, yang belum diselesaikan.

Malah kata beliau, kerajaan juga perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman kejam.

Tambahan pula Hamidah menegaskan, kajian juga menunjukkan merotan bukan satu bentuk hukuman berkesan, malah bagi jenayah-jenayah keganasan ataupun seks.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan minggu lalu, menjadikan yang pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah kerana mengadakan hubungan seks haram.

Hukuman dijalankan di Penjara Kajang 9 Feb lalu.

Langkah melaksanakan hukuman sebatan ke atas wanita mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas bekas model sambilan, Kartika yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Tarikh pelaksanaan hukuman itu akan diputuskan selepas pertemuannya dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sambil merujuk kepada hukuman sebatan ke atas Kartika yang belum pun dilaksanakan, Hishammuddin berkata kes itu sengaja digembar-gemburkan kerana jelas dari segi pelaksanaan hukuman sebat itu menunjukkan pesalah tidak mengalami kecederaan.

“Apa yang digembar-gemburkan dalam kes Kartika itu menimbulkan kebimbangan orang ramai, saya harap janganlah hanya fokus kepada satu kes yang belum dilaksanakan,” katanya.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Kata Hishammuddin beliau berharap isu itu tidak disalahertikan sehingga mencemarkan kesucian Islam.

“Hukuman itu adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan agar mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan dan membina hidup baru yang lebih baik,” katanya.

This entry was posted on Thursday, February 18, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Lebih ramai murtad baru tahu,,  

Sungguh bangga betul Hishamuddin Hussein Onn dapat menyebat 3 wanita Melayu yang dituduh bersetubuh secara haram.

Kalau bini dia dan anak perempuan dia orang intai dan hendap agaknya dia suka ya.

Sungguh jahil betul Hishamudin. Dia patut letak jawatan kerana menjatuhkan maruah perempuan Melayu. Menuduh perempuan bersetubuh tanpa 4 saksi patut di sebat macam orang Arab.

Macam mana tak ada berita tentang hendapan dan tangkapan ini.

Adakah kerajaan akan menghendap dari rumah ke rumah? Fitnah menfitnah antara jiran di galakkan?

Katolik Kristian hina Islam dan yang sibuk dibuat bulan Feb 9, adalah menyebat perempuan Melayu!

Sepatutnya kerajaan lebihkan usaha Jabatan Islam mengislamkan Cina dan India supaya mereka tak jadi Kristian bukan menyusah dan memalukan lagi orang Melayu.

Lepas sebat perempuan Melayu ini, jangan hairan jika makin ramai perempuan Melayu yang jadi murtad akibat perbuatan Hishamudin. Bangang betul. Adkah ini cara menarik orang kepada Islam?

Jika anda buat salah kami sebat!

Itu pendekatan zaman jahiliah Hisahmuddin ooi...buat malu Wanita UMNO sahaja.