Kenyataan Rasis: Pegawai khas PM letak jawatan !  

Posted by Kunta-Kinte

Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nasir itu juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri. Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak. Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari. Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

****************************************************************

UMNO Tidak Akan Berubah – Tetap Menjadi Sebuah Parti Racist ! 1 Malaysia hanya sandiwara. 

Kenyataan Datuk Nasir bin Safar, (Gambar) Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak membuktikan slogan 1Malaysia Najib hanyalah satu sandiwara semata-mata. Beliau berkata, orang India di Negara ini yang mendesak 12 matapelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai ‘pelampau’.

"Orang India di Malaysia melampau sangat….. mereka mendesak kerajaan untuk 12 mata pelajaran dalam SPM.. jangan desak kerajaan,”katanya ketika berucap dihadapan pegawai-pegawai kerajaan dan politik dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, (JASA) di Pusat Dagangan Melaka hari ini, 2 Februari.

Lebih mengejutkan, Nasir telah membuat ugutan untuk melucutkan kerakyatan kaum India di Malaysia dan menuduh mereka datang ke Malaysia sebagai " peminta sedekah ". Beliau turut menggelar kaum Cina (Tionghua) khususnya perempuan-perempuan Cina yang berhijrah ke Malaysia pada masa lalu sebagai ‘pelacur’.

"Anytime kita boleh melucutkan kewarganegaraan orang India dimalaysia... Indians came to Malaysia as beggers and chinese especially ladies untuk jual badan melacur," kata Nasir.

Tindakan Pegawai Khas Bahagian Komunikasi yang duduk ‘dibawah dagu’ Najib dilihat sebagai satu kenyataan yang menghasut.

"Jasa org Cina dan India dalam pembangunan, dan pembentukan modal insan di Negara ini sebelum merdeka,

”dan penjuangan bila (ketika) zaman konfrontasi, tidak dikenang langsung, faktor sejarah diputar-belit, 1Malaysia konon,”kata seorang pengamal media.- buletinonline

This entry was posted on Wednesday, February 03, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments