Oleh: ALHUSSEYN
Mari kita bersangka baik, bahawa JK Disiplin bukan membuat keputusan kerana zalim atau menganiaya sesiapa pun. Kita yakin JK Disiplin telah membuat keputusan dari ijtihad mereka melalui siasah syariyyah dan melihat maslahah umum. JK Disiplin , seperti apa yang dijelaskan oleh pegerusinya sendiri, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa :
“Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tidak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman.”
Namun demikian, kita jangan lupa bahawa rakyatlah yang sebenarnya menjadi hakim. Apa saja keputusan yang dibuat akan dinilai oleh rakyat. Rakyat akan menilai samada beginikah kaedah dan cara mendisiplinkan ahlinya? Lihat komen Ketua Pemuda PAS Gopeng disini
Tuan Ibrahim menyifatkan teguran atau komentar dari Abdullah Karim sebagai melampau dan menganggap Abdullah tidak memahami prosedur hukuman dan siasatan kerana menghantar satu laporan kepada JK Disiplin; dimana Abdullah perlu melalui prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk langkah selanjutnya.
Abdullah Karim TELAH PUN menyampaikan segala maklumat mengikut saluran dan prosidur parti. Namun, segala penyampaian beliau telah DIBAKULSAMPAHKAN. Tidak adakah cadangan supaya menselcatkan Mustaffa Ali kerana membakulsampahkan aduan Abdullah Karim? Kenapa isu ni Tuan Ibrahim tidak berani komen?
Malah secara sinis, Tuan Ibrahim berkata : “Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati” Apakah benar Khalid Samad berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan keatasnya? Kalau kita halusi apa yang tersirat disebalik kenyataan Khalid :
Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah.
Jelas, bahawa Khalid sangat dikeciwakan oleh JK Disiplin dan Tuan Ibrahim menyedari hakikat ini dan cuba berlunak dengan Khalid dengan menyatakan mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad ... malah cuba memujuk beliau agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura …
Namun rakyat dapat melihat dari sudut yang berlainan …Bahawa ada agenda untuk menjatuhkan seseorang dan menaikkan seseorang.Bacalah penjelasan Khalid di sini
Ramai yang kecewa dengan keputusan ini kerana ramai yang tahu kebenarannya. Kenapa Hasan Ali tidak diambil tindakan atas semua perbuatan dia yang dilakukannya ; termasuklah:
Membocorkan rahsia parti dengan memanggil bloggers Umno.
Hasan Ali jelas dalam ucapannya mempertikan Mursyidul 'Am, ingkar keputusan mesyuarat, ingkar ketetapan Presiden, malah lebih bersalah kerana ingkar ketetapan Muktamar PAS ke-54 dan ke-55 utk memperkukuhkan Tahalluf Siyasi ini .
Mohonlah pada Allah agar dijauhkan dari FITNAH yg lebih besar hasil dari kelemahan kepimpinan kita tersebut. Moga Allah tetap pelihara ISLAM yang PAS perjuangkan.
Kepada golongan yang beriya-iya, berkempen, chas keting, cantas-mencantas untuk sesuatu jawatan dalam Pati, golongan yang haloba dan bernafsu besar bertopengkan ISLAM, mencari DUNIA dengan pakaian ISLAM akan digagalkan oleh ALLAH. Mereka akan ditelanjangkan oleh Allah, dinampakkan segala kebusukan hati mereka di Mahkamah Allah, didedahkan segala kejahatan hati mereka yang kotor walaupun mereka semasa di dunia ini nampak hebat dan bergaya.
Teruslah berkata benar walaupun pahit. Tentanglah kemungkaran, walaupun dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dari parti ISLAM.
Janganlah disebabkan jawatannya yang besar, kita menjadi malu untuk menegur. Jangan biarkan peristiwa hitam seperti yang menimpa KOHILAL berlalu sepi begitu sahaja.
http://alhusseyn51.blogspot.com/
This entry was posted
on Thursday, February 04, 2010
and is filed under
Pandangan,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.






0 comments