Suara Keadilan
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin pemilik Penjana Kuasa Bebas (IPP) yang rata-rata adalah kepunyaan kaum kerabat dan kroni Umno-BN bakal mendapat durian runtuh atas kesengsaraan dan keperitan hidup rakyat.
"Nampaknya Barisan Nasional sekali lagi mengambil tindakan yang bertepatan dengan konsep "Rakyat Didahulukan", memang betul, rakyat didahulukan dengan beban! Ini tidak sepatutnya berlaku.
"Kita lihat tindakan ini ada berkaitan dengan usul kenaikan harga minyak pada bulan Mei nanti. Sekarang rakyat boleh membuat perbandingan antara kerajaan Pakatan Rakyat dan BN.
Pakatan Rakyat berusaha untuk membela rakyat seperti memberi air percuma tetapi BN berminat untuk bebankan rakyat demi kepentingan kroninya," tegas beliau.
Tegas beliau ini merupakan hadiah yang diberikan oleh Umno kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah menyelami kesusahan rakyat dalam keadaan ekonomi sekarang.
Kenaikan ini tambah Shamsul akan memberi keuntungan besar kepada kroni Umno-BN yang mempunyai kepentingan di dalam Penjana Kuasa Bebas yang selama ini menekan kerajaan supaya menaikkan tarif elektrik.
"Sejak pilihan raya umum 2008 rakyat tidak pernah diberikan khabar gembira malah sentiasa dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan sekarang elektrik. Apa yang Umno umumkan dalam pilihan raya hanyalah untuk kepentingan politik mereka saja dan bukannya serius untuk membela rakyat"
"Pakatan Rakyat akan membuat kempen bantahan terhadap kenaikan tersebut selain isu GST. Penerangan juga akan dilakukan agar rakyat faham tentang tindakan kerajaan dan impak yang rakyat hadapi nanti selain kenaikan harga barang," tegas beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Tindakan Najib yang akan membincangkan isu kenaikan pada hari ini adalah satu tindakan yang bertentangan dengan arus ekonomi sekarang selain membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni dalam pengagihan subsidi kata Shamsul lagi.
This entry was posted
on Wednesday, February 24, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments