Jangan layan bayi macam sampah
February 14,
2010
2010
Oleh: Tan Bee Leng
Sesungguhnya kita semua amat kesal peningkatan fenomena yang menyayat hati ini. Fenomena ini tidak serasi dengan negara kita sebagai negara timur yang mementingkan semangat kekeluargaan.
Kita harus mengecam gejala pembuangan bayi ini. Pendidikan agama harus diteruskan dan diperkuatkan; pendidikan keselamatan seks juga harus diteruskan dan diperkuatkan di sekolah.
Semua usaha-usaha murni ini harus diperhebatkan. Selain itu, kita juga perlu adakan sedikit “payung terjun” untuk ibu-ibu remaja malang ini yang betul-betul memerlukannya. Mereka barangkali terjebak kerana kejahilan. Mereka barangkali ditipu, atau ada sebab-sebab yang lain.
Adakah kita harus membiarkan kes pembuangan bayi ini berulang dan terus ulang lagi? Ataupun kita boleh mengambil langkah yang proaktif?
Di Amerika Syarikat, ada hospital kerajaan yang menyediakan inkubator bayi di koridor – satu contoh “payung terjun” yang boleh disediakan.
Barangkali sesetengah pihak akan mengecam saya sebagai menggalakkan pertambahan anak haram. Tidak apa, hujah itu hak mereka untuk mengecam.
Saya tetap berpendapat kita memerlukan saluran yang lebih berperikemanusiaan untuk ibu-ibu remaja yang tidak berhati-hati ini.
Sesungguhnya ibu-ibu remaja ini pasti akan menyesal seumur hidup selepas membuangan anak. Penyeksaan sanubari mereka akan bertambah hebat lagi apabila mereka menyedari anak yang dibuang mereka mati.
Tidakkah harus kita menyediakan “payung terjun” untuk ibu-ibu remaja ini bersama dengan bayi-bayi yang sesungguhnya berhak untuk terus hidup?
Bayi-bayi ini sesungguhnya anak-anak Malaysia seperti anda dan saya juga.
http://syukran.wordpress.com/
This entry was posted
on Sunday, February 14, 2010
and is filed under
Pandangan,
Umum
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
1 comments