30% doktor gigi palsu?  

Posted by Kunta-Kinte

Banyak bebenor doktor gigi palsu rupanya, bahaya ni, kalau sakit gigi kat lain dicabutnya, akhir tarak gigi le jawabnya. Begitu senang nak menyamar jadi doktor gigi sekarang, sampai 30%. angka ini besar dari segi penipuan dan amat membahayakan kepada pesakit gigi. 95 doktor gigi disiasat, 28 orang darinya tiada dalam senarai doktor gigi yang disahkan oleh majlis Pergigian Malaysia, dari 122 klinik gigi yang disiasat 29 daripadanya tidak berdaftar dengan Kementerian kesihatan malaysia. Pesakit gigi yang mendapat khidmat doktor palsu, berisiko wajah jadi cacat, gusi dan tulang muka rosak atau nyawa melayang. Bahaya betul mendapat khidmat doktor palsu ini. Oleh itu apakah kerajaan malaysia akan terus membenarkan perkhidmatan ini diteruskan, kenapa tidak disiarkan yang mana palsu yang mana original.

Ntah-ntah doktor yang menyiasat kes saiful kena liwat pun adalah doktor palsu, peguambela Karpal Singh kena pastikan doktor yang merawat saiful dan mengesahkan saiful kena liwat adalah doktor yang bertauliah dan bukannya doktor yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga majlis doktor seMalaysia. Kalau kena doktor palsu yang merawat saiful, naya ajelah saiful, senang senang aje kes kena buang. atau risikonya saiful yang kena tanggung kerana doktor yang tidak bertauliah ini mana ikut prosedur, ikut dia nak taram macamana pun.

Semakin banyak benda palsu yang akan timbul selepas ini, dakwaan palsu? demo palsu? guarauan palsu? ajak berbincang pun palsu? sehari-dua ini akan timbul beberapa lagi kes yang berupa palsu kerana di Malaysia ini, satu kes dibongkar ia akan berhubung antara satu sama lain dan ia akan habis menjelang isnin kerana isnin kes-kes palsu akan didengar kembali, semoga iman kita tidak palsu bila mengadap tuhan rabbual jalil. amin.


http://kayukelat.blogspot.com

This entry was posted on Sunday, February 07, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments