PETALING JAYA, Jan 2 — Pilihan raya kecil ke-10 membabitkan bahagian Parlimen Hulu Selangor perlu dilupakan buat waktu kerana Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (gambar) menafikan desas-desus beliau akan melepaskan kerusinya ekoran masalah kesihatan yang berpanjangan.
Sebaliknya bekas timbalan menteri besar Selangor itu berkata beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat bahagian itu sehingga pilihan raya umum akan datang. Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini juga menyangkal bahawa beliau telah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kononnya mahu bersara sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.
"Saya tidak pernah meminta Datuk Seri Anwar supaya mengumumkan (bahawa mahu meletak jawatan). Saya tidak tahu, terserah kepada beliau (laporan kononnya mahu membuat pengumuman)," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Ketika ditanya sama ada akan menyertai ceramah yang bakal diketuai Anwar yang juga Penasihat PKR dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini, Zainal memberitahu beliau tidak mengambil bahagian dalam majlis itu.
"Saya tidak akan pergi majlis ceramah, sebaliknya saya akan menghantar pegawai khas saya sebagai wakil... saya akan menghantar wakil saya kerana saya takut orang buat spekulasi ketiadaan saya pulak," katanya.
Ketika ditanya sebab tidak akan berada pada ceramah malam ini yang akan diadakan di Hulu Selangor kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.
"Dalam seminggu ini anak perempuan saya akan melangsungkan perkahwinan, jadi perlu menyelesaikan urusan berkaitan," kata beliau dalam nada 'kurang sihat" ketika dihubungi di rumahnya di Batu 9 Cheras dekat sini.
Mengulas lanjut spekulasi kesihatannya semakin merosot, Zainal berkata: "Tidak betul, tidak betul... sedikit pun tak betul." "Tidak, saya tidak memutuskan untuk meletakkan jawatan. Insya-Allah saya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat. "Nampaknya pengundi-pengundi semakin rapat dengan saya, dan saya pun semakin rapat dengan pengundi kawasan saya. Saya akan terus membantu mereka," kata Zainal.
Pada September lalu Zainal telah menjalani pembedahan.
Cakap-cakap tentang kemungkinan Zainal mungkin letak jawatan sudah kedengaran sejak berbulan dulu.
Jika betul bakal ada pilihan raya kecil. Dalam pilihan raya umum lalu Zainal menewaskan timbalan presiden MIC Datuk G. Palanival dengan hanya 198 undi. Zainal memberitahu beliau ada berbual dengan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat di Parlimen baru-baru ini.
"Anwar berkata beliau berpuas hati dengan prestasi saya, dan beliau tanya keadaan saya, telah meminta saya menjaga kesihatan saya," katanya.
The Malaysian Insider
This entry was posted
on Sunday, January 03, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments