Tunjukkan passport pada umum jika Zambry berada di pihak yang benar  

Posted by Kunta-Kinte

Zambry Kadir ingin menyaman RM 400 juta kepada Suara Keadilan kerana menyiarkan berita yang mengatakan beliau tidak dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat kerana disyaki pengganas. Klik disini

Jika Zambry berada di pihak yang benar, mudah saja, tunjukkan passport antarabangsanya kepada umum. Passport boleh menjadi bukti sama ada Zambry berada di Amerika Syarikat pada tarikh yang dikatakan atau tidak. Jika Zambry berjaya buktikan perkara ini kepada umum dengan menunjukkan passportnya, benarlah Zambry berada di pihak yang benar.
Jika tidak, Zambry hanyalah mengugut semata-mata. Tidak lebih daripada itu.

Tidak kedengaran pula suara penulis-penulis blog yang selama ini menentang ahli politik menyaman surat khabar bersuara. Mungkin jika yang menyaman itu ahli politik BN tidak mengapa kot.

Diberitakan bahawa tidak lama lagi DUN Perak akan dibubarkan. Katakanlah Pilihanraya Negeri dilakukan dan BN menang. Apakah Zambry berpeluang untuk menjadi Menteri Besar sekali lagi? Dikatakan nama Zambry naik untuk menjadi MB BN oleh kerana lobby kuat ahli keluarga kepada orang yang berkuasa pada ketika itu. Kini orang itu tidak lagi berkuasa.

Takkan kita lupa pada tahun 1998 siapa yang diantara paling lantang mempertahankan Anwar Ibrahim? Sudah tentulah beliau akan dibenci oleh Dr. Mahathir. Kini Dr. Mahathir mempunyai suara yang kuat dalam pemerintahan negara.

Tunggu dan lihat.


http://www.aminiskandar.com/

This entry was posted on Wednesday, January 06, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments