Terima Kasih Enjin Dan Bumbung  

Posted by Kunta-Kinte

Zahid Hamidi membetulkan laporan media. Katanya harga sebenar enjin jet yang hilang itu ialah RM303,570.00 dan bukannya RM50 juta atau RM28 juta.

Maknanya, laporan media selama ini adalah kurang tepat. Kenyataan Zahid ini yang tepat. Zahid bercakap benar.

Shaziman Abu Mansor pula berkata, bumbung stadium di Terengganu runtuh kerana bahan dan kualiti kerja tidak ikut spesifikasi.

Bumbung stadium itu sebenarnya bahaya. Ia tidak selamat seperti sangkaan orang sebelum runtuh. Maknanya sangkaan orang salah. Kenyataan menteri ini yang betul. Shaziman juga bercakap benar.
Enjin sudah hilang dan bumbung sudah runtuh. Apa yang ada hanyalah mulut dan lidah menteri yang berputar-putar mengeluarkan kenyataan. Dengan bangga dan penuh ‘ketelusan’ pula kenyataan itu dikelluarkan.

Sebetul dan setepat mana pun kenyataan menteri, selurus dan seikhlas mana pun menteri, setelus mana pun maklumat, enjin sudah hilang dan bumbung sudah runtuh. Setebal mana pun laporan, sedetail mana pun siasatan, enjin takkan pulang dan bumbung takkan tegak semula. Kalau enjin pulang pun, ia tidak seperti asal lagi. Sama juga dengan bumbung.

Enjin hilang dan bumbung runtuh membuatkan menteri kita bercakap benar, telus dan berintegriti.
Rupa-rupanya dalam negara ini, menteri hanya bercakap benar dan betul bila ada enjin hilang dan bila ada bumbung runtuh.

Terima kasih enjin dan bumbung. Bukankah ada ADUN BN Terengganu kata keruntuhan bumbung stadium adalah rahmat?


http://bongkarsauh.blogspot.com/

This entry was posted on Friday, January 08, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

8 comments

Anonymous  

Tapi Kinte sekolah kat seluruh Trg pun perlu di kaji semula aspek keselamatan pasal project tu dr duit ehsan dan merupakan durian runtuh pad kroni Babi Negara...bimbang jugak Kinte bak runtuh ni...anak ana ade 18 org yg gunakan sekolah dibawah project Babi Negara ni...berwaspada sebelum Menteri bercakap benar..

Anonymous  

Betul tu....kalu lalu kat sekolah di seluruh Negeri Trg cuba perhatikan pagar...kebanyakkannya doh retak menunggu belah ajer...xtaulah camne kat dalam bilik darjah bebudak tu...suruhlah Pak Zaid tu melawat tiap sekolah yg ade kat Trg tu.

Anonymous  

Ana pun khuatir dgn kubah2 masjid yg tersergam kat Terengganu. Kalu lah terruntuh alamak semput dada tu Kinte.

Anonymous  

Pak Najibtuya tu kalulah Tugu Negara pun boleh dicabut mau doh lama dijualnye...inikan pula enjin jet.
Itu yang rakyat tau...yg xtau kenyang sendiri cam nasi goreng belacan.

Sheilien  

Masalah korupsi dan pecah amanah ni sebenarnye doh lama sebati dalam jiwa pemimpin BN dari dulu lagi..cuma akhir2 banyak pembongkaran dibuat.Walau camne TQ pada pimpinan PakLah kerana keterbukaannye yg terhasilnye info2 melalui IT sekaligus sukar ditangkis pihak Malaun BN.
Cuma rakyat Mesia masih lagi ditakuk bacul..(setakat dgr,baca n biarlah)seharusnye sama2 bangkit dlm apa jua cara bagi membetulkan kesilapan kerajaan. Ambil lah contoh rakyat Thai n Indo bagaimana penentangan mereka.LAWAN TETAP LAWAN...REFORMASI

Azzour Kuwait  

Pak Kinte...rasanye PAk Zaid tu doh pergi Haji baru2 ni...pasal tu lah dia bercakap benar tu...ambik kau....

Mangaf FM4  

Haji tempoyak dengan ikan Kukus kot..itulah sebaik mana pun atau sealim mane pun tapi masih didalam kapal yang sama budu tetap budu xkan dipanggil bilis atau tempoyak xkan jadi durian lagi.
Kesimpulannye apa pun kenyataan yanga dibuatnya hanyalah talihayat diri ataupun propaganda parti dan bukannya keikhlasan pada rakyat.

Marius Otzen  

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia tapi aku sedih kerana bangsa ku sendiri memperbodohkan bangsanya. Wang rakyat sudah habis dirompak..injin jet pun dikapoor juga. Cukuplah wahai pemimpin ku..aku hanya ada tanah sekangkang kera untuk diwarisi pada anak2 aku kelak. Kalu itu jugak kamu kapoor dimana lagi patut aku tinggal.