Salam 2 all.
Malam ni sekali lagi negara hadhari ni akan dicemar dengan segala maksiat dan mungkar. Malam yang digilai ramai manusia gila..malam tahun baru!!Sedang saya menulis ni pun sudah mula terdengar gendang-gendang iblis dan syaitan sedang menggegarkan Dataran Merdeka. Dataran tempat Melayu melaungkan kemerdekaan 52 tahun masihi lepas..tetapi dataran itu malam ini membuktikan bangsa Melayu masih terjajah jiwa dan aqidahnya.
Masjid Jame' yang terletak tidak jauh daripada dataran iblis itu akan sekali lagi menjadi sangkar kemungkaran. Orang ramai yang lalu lalang dari stesyen LRT, dari Puduraya kebanyakannya akan singgah sekadar untuk membuang kencing dan najis. Malam nanti, setelah pesta syaitan selesai, muda-mudi yang kononnya terlepas bas nak balik, yang datang dengan bajet sekadar cukup untuk beli burger & airtebu, akan menjadikan Masjid Jamek sebagai tempat bercengkerama.
Ditengah pagi buta nanti, pekerja DBKL & Alam Flora akan sibuk mengutip botol arak, kondom pelbagai
jenama..dan kekadang panties dan seluar dalam yang tertinggal. Kekadang tudung tertinggal pun ada!!
Berapa lama bangsa kita akan terus berpura-pura dengan pesta tahun baru ini. Maka riuhlah TV radio menganalisa azam tahun baru. Dijemputlah segala professor dan cerdik pandai yang hebat-hebat mengupas tajuk azam baru..tajuk yang bukan sahaja dah basi..naik muntah kita mendengarnya.
Kita orang Islam tak perlu sambutan tahun baru masihi ini untuk membuat 'azam. Kita sudah pun ber'azam 5 kali sehari setiap hari..inna solaati, wanusukii, wamahyaaya, wamamaati, lillah hirobbil 'alamin-sesungguhnya solatku, 'ibadahku, kehidupanku dan kematianku semata-mata untuk ALLAH Tuhan sekelian 'alam. Itulah 'azam seorang Muslim tiap hari siang dan malam.
Kebetulan tahun baru masihi 01 Januari 2010 jatuh pada malam Jumaat 15 Muharram 1431. Malam Juma'at ini eloklah kita duduk ditikar sembahyang dan sujud tunduk kepada ALLAH. Eloklah malam Juma'at ini kita baca surah Al Kahfi. Eloklah malam saiyyidul ayyam ini kita qiamulail..dirikan malam dengan tahajud, taubat, hajat dan witir. Eloklah dipertengahan bulan hijriah ini kita bangun bersahur dan berpuasa. Sebenarnya terlalu banyak perkara lain yang boleh dibuat oleh seorang Muslim di malam Juma'at 15 Muharram ini, perkara yang sesuai dengan syariat agamanya. Hindarilah daripada program maksiat dan mungkar yang akan dirayakan oleh anak cucu iblis dan syaitan pada malam ini.
Wassalam & adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Muharram 1431
31 Disember 2009
This entry was posted
on Friday, January 01, 2010
and is filed under
Umum
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments