JAN 10 — Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang juga pemimpin utama PKR nampak terdesak untuk mempolitikkan apa sahaja. Dalam isu kalimah Allah, Anwar yang menyokong penggunaan kalimah suci itu untuk digunakan oleh agama Katolik (berdasarkan banyak laporan sebelum ini), sekali lagi mempolitikkan keadaan.
Kali ini, beliau bersama pemimpin DAP menuduh Umno menyemarakkan sentimen bantahan umat Islam, yang kononnya secara tidak langsung dikaitkan dengan kejadian membakar gereja.
Itulah kepakaran Anwar, apa sahaja ruang dan kesempatan akan digunakan sepenuhnya untuk meraih sokongan. Dalam isu tersebut, sokongan bukan Islam terutama di Sabah dan Sarawak mahu ditagihnya dengan cara memburukkan Umno. (Sedangkan pentadbiran Barisan Nasional di bawah teraju Umno telah membolehkan agama lain berkembang dan dianuti dengan bebas. Rumah ibadat agama lain yang begitu banyak di negara yang majoriti Islam ini membuktikan hakikat itu. Kesederhanaan dan pragmatisme Umno selama ini banyak menguntungkan agama lain.)
Maka apabila berlaku insiden bakar gereja, secepat kilat Anwar menyambarnya untuk dijadikan isu. Lebih-lebih lagi, Anwar sedar reaksi majoriti umat Islam yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, tidak memihak kepada beliau.
Demonstrasi aman di banyak masjid menyerlahkan hakikat bahawa umat Islam menolak pendirian Anwar dan sekelompok kecil termasuk pembangkang.
Bukan itu sahaja, reaksi kalangan orang muda menerusi laman web social facebook tidak selari dengan beliau. Sehingga Khamis lalu, lebih 100,000 orang menyertai bantahan penggunaan kalimah Allah dalam facebook. Malah Awang difahamkan, ramai ahli PKR dan pembangkang di kalangan orang Islam kecewa dengan pendirian pemimpin mereka itu.
Maka strategi Anwar ialah memaksimumkan sokongan bukan Islam bagi meneruskan momentum sokongan yang diperoleh ketika pilihan raya umum lalu. Awang percaya masyarakat bukan Islam boleh menilai siapa Anwar, yang sebenarnya lebih mementingkan agenda peribadinya.
Realitinya, beliau memerlukan banyak isu panas bagi mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapinya sekarang. Anwar kian tertekan kerana perbicaraan kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan hampir tiba. Semua orang tahu, beliau asyik cuba menangguhkan perbicaraan sehingga mencetuskan banyak persoalan termasuk mengapa beliau takut.
Tindakan sekutu politiknya, Raja Petra melarikan diri ke luar negara dengan menggunakan pasport asing dan kini menjadi buruan polis, sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti pergerakan politik Anwar.
Selain itu, seorang demi seorang pemimpin PKR terus meninggalkan parti dan melepaskan jawatan. Terbaru, peletakan jawatan Setiausaha Agung PKR, Salehudin Hashim, yang tindakan tersebut dilihat satu lagi tamparan buat Anwar.
Apa sahaja strategi Anwar, tidak sukar dibaca. Beliaulah sebenarnya yang suka membakar sentimen rakyat. Sejarah telah membuktikan bahawa kes moral peribadinya boleh dimanipulasi sehingga rakyat terheret sama. PKR dan DAP menang banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu juga kerana sentimen yang Anwar mainkan, biar sekalipun kepentingan agama dan bangsa menjadi taruhannya. — Mingguan Malaysia
kk: siapa lagi kalau tidak UMNO....
This entry was posted
on Sunday, January 10, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah,
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments