Si kenit bertemu dengan si tinggi  

Posted by Kunta-Kinte

ISTANBUL - Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen dari Turki bertemu dengan pemegang rekod lelaki paling kecil di dunia dari China, He Ping Ping di sini kelmarin. Sultan memiliki ketinggian 246.5 sentimeter (sm) manakala Ping Ping serendah 73sm.

Manusia tertinggi dunia itu bertemu dengan Ping Ping pada satu majlis pelancaran persembahan secara langsung Guinness World Records.
Kosen yang merupakan seorang buruh ladang berkata: "Saya mahu bertemu dengan Ping Ping sejak saya mendapat gelaran lelaki tertinggi dunia.

Saya berasa gembira kerana dia (Ping Ping) bersetuju untuk pergi ke Turki."
Ping Ping tinggal bersama keluarganya di Inner Mongolia, China dan dia kerap pergi ke luar negara selepas diiktiraf oleh Guinness World Records. - Agensi

See Video..

This entry was posted on Saturday, January 16, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments