KUALA LUMPUR, Jan 22 — Pakatan Rakyat (PR) mengecam sambil menyifatkan tindakan menyerang rumah ibadat, tidak kira agama dan kepercayaan, sebagai perbuatan pengecut dan tidak bermoral.Ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian PR jelas iaitu kesucian rumah ibadat walau apapun kepercayaan mestilah dihormati.
“Saya mengecam keras serangan yang dilakukan terhadap dua buah surau di Muar awal pagi semalam.
“Tindakan menyerang rumah ibadat adalah satu tindakan pengecut dan tidak bermoral,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Dua surau di Muar, Johor rosak dalam kebakaran awal pagi semalam, dipercayai perbuatan khianat, kira-kira dua minggu selepas beberapa gereja berhadapan dengan serangan serupa ekoran isu penggunaan kalimah “Allah”.
Polis menemui kesan minyak tanah di Surau Sirratulrahim di Kampung Sabak Awor, Jalan Ismail, yang tingkap dan langsirnya mengalami kerosakan. Satu lagi ialah surau di Parit Beting.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menambah setelah berakhir siri serangan terhadap beberapa gereja dan gudwara, kini surau pulau menjadi sasaran.
“Saya juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan cuba mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian serta menimbulkan keretakan di kalangan rakyat Malaysia.
“Rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam keadaan rukun dan aman, mereka sudah cukup matang serta bijak untuk meremehkan sebarang usaha jahat demi menguntungkan politik golongan tertentu,” katanya.
Anwar menambah amat dikesali apabila ada pihak yang sanggup membakar sentimen agama hanya untuk laba yang sedikit.
This entry was posted
on Friday, January 22, 2010
and is filed under
Isu Kalimah Allah
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.





0 comments