SHAH ALAM, 22 Jan: Kerajaan Negeri berharap beberapa serbuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini tidak bertujuan untuk menjatuhkan maruah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor.
Dalam pada Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh terhadap usaha membendung perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan ahli politik mahupun kakitangan lainnya, sebaliknya Kerajaan Negeri tidak bersedia bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja cuba mengganggu kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri menerusi pelbagai cubaan untuk memalukan kakitangannya.
Demikian kata Datuk Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan medianya.
Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor, katanya, ingin menjelaskan di sini iaitu Pekeliling Kerajaan Negeri bertarikh 28 Julai 2009, mencatatkan bahawa sekiranya SPRM berhasrat melakukan siasatan terhadap kakitangan Kerajaan Negeri maka perjumpaan tersebut hanya boleh diadakan dari pukul 8.00 pagi ke pukul 6.30 petang, dan dengan kehadiran seorang peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
Bantahan tentang kesahihan kandungan pekeliling tersebut oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail masih dalam kes mahkamah. Maka dalam hal ini pegawai-pegawai SPRM sewajarnya menghormati pekeliling Kerajaan Negeri itu, yang melindungi hak seluruh kakitangannya, katanya.
"Perlu juga dijelaskan di sini iaitu sehingga saat ini beberapa siasatan SPRM terhadap segelintir Pegawai Kerajaan Negeri Selangor termasuk terhadap Menteri Besarnya, dilihat hanya berfokus pada isu-isu remeh. Ini sebagaimana diperlihatkan pada serbuan kelmarin di pejabat YB Yaakob Sapari dengan penahanan reman terhadap pembantu eksekutif beliau, Haji Hussein Ahmad," katanya.
Kerajaan Negeri juga terkejut dengan perkembangan terakhir siasatan tersebut dimana SPRM telahpun menggeledah rumah Haji Hussein tanpa waran geledah yang sah. “Kerajaan Negeri mahu SPRM Selangor memberi penjelesan mengapa perkara boleh berlaku,” kata Khalid.
Tambahan pula, katanya, penyiasatan SPRM melibatkan sebuah syarikat yang tidak tersenarai dalam pemberian kontrak aktiviti pelombongan pasir.
Tuduhan SPRM bahawa pemergian seorang pegawai ke China ditanggung oleh kontraktor tertentu juga tidak benar kerana Kerajaan Negeri yang sebenarnya membiayai kos kunjungan dua hari Haji Hussein itu yang menelan belanja sebanyak RM3,295.
Justeru itu, pihak kerajaan negeri berhak meragui akan motif dan integriti siasatan pegawai-pegawai SPRM terhadap isu-isu remeh yang berlaku dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.
Sedangkan, katanya, pegawai-pegawai SPRM sewajarnya menggunakan masa dan tenaga yang sangat berharga untuk menyiasat penyalahgunaan wang rakyat yang bernilai ribuan juta ringgit termasuk RM1.7 juta oleh mantan menteri besar Selangor dan rombongannya semasa melancong ke Disneyland di Amerika Syarikat dan di Peranchis.
“Jadi, apakah keutamaan SPRM? Badan ini sepatutnya menentukan keutamaan dan lantas menyiasat isu-isu besar yang melibatkan penyalahgunaan ribuan juta ringgit wang rakyat atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu yang sudah sekian lama berlaku dalam negeri atau negara Malaysia seluruhnya.
"Hal ini mesti diutamakan oleh SPRM agar tindakan SPRM dilihat tidak sebagai alat politik untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu di Putrajaya sahaja. dalam hal ini, sekiranya SPRM bertindak secara profesional dan bebas, kerajaan negeri dengan senang hati bersedia memberikan bantuan yang sewajarnya, “ kata Abdul Khalid.
This entry was posted
on Saturday, January 23, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments