PETALING JAYA: Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad menolak khabar angin yang mengatakan beliau merupakan dalang di sebalik siasatan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menafikan bahawa beliau mengamalkan budaya 'cah keting' atau cantas-mencantas untuk kepentingan politiknya.
"Ingin saya jelaskan kedudukan sebenar iaitu siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa disiplin terhadap saya ialah berdasarkan aduan yang dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor atau lebih khusus Datuk Hassan Ali sendiri. "Tapi siasatan yang dilakukan terhadap Datuk Hassan bukan daripada aduan saya, saya tak pernah buat apa-apa aduan tentang beliau... itu kerja orang lain," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Sejak November tahun lalu, Khalid dan Hassan disiasat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung tuduhan terhadap mereka. Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor yang mengkritik isu tatatertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).
Keduanya kerana beliau telah menulis dalam blognya, mendedahkan minit mesyuarat badan perhubungan PAS selangor pada 27 September 2009. Bagi Hassan, beliau juga menghadapi dua tuduhan iaitu membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan keduanya membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.
Dalam pada itu, ditanya mengenai persediannya untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat bagi mengumumkan mengenai keputusan terhadap siasatan mereka beliau berkata: "Saya memang sudah lama bersedia." Ditanya sama ada beliau sudah menerima surat arahan untuk hadir pada 29 Januari depan di Ibu Pejabat PAS Pusat, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan beliau masih belum menerima apa-apa maklumat rasmi mengenainya.
"Surat belum ada, tapi saya memang dah tahu. Tapi saya tak dapat nak hadir nanti kerana mulai esok saya akan ke Timur Tengah atas beberapa urusan... insya-Allah 12 Februari saya akan pulang. "Namun saya akan menghantar wakil nanti dan memaklumkan kepada pihak-pihak terbabit mengenainya," katanya.
Berhubung sama ada beliau akan menerima dengan hati terbuka apa jua keputusan yang bakal diumumkan nanti, beliau berkata: "Mana boleh terima sahaja, kena tengok dulu apa keputusannya... ada banyak lagi proses selepas itu. "Kalau saya didapati bersalah, saya boleh buat rayuan... tapi saya yakin insya-Allah tak ada apa-apa yang akan berlaku," ujar beliau.-mstar
This entry was posted
on Monday, January 25, 2010
and is filed under
Politik
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Online Map
P94 Hulu Selangor

HARAKAHDAILY
Tranungkite Online
Malaysiakini
terengganu lening
global
macam-macam
Video Channels
-
-
-
BICARA 2 MUROBBI7 years ago
-
-
-
Ilmu Sesat - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat13 years ago
-
bros15 years ago
-
Blogroll
-
-
-
Artikel Februari 20222 years ago
-
POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 years ago
-
-
-
-
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa9 years ago
-
15 tanda kematian mulia10 years ago
-
-
-
-
Harga Kubah Masjid11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Archives
Link/Laman
Radio & TV
Minda
- Abdul Hadi Awang
- AlHusseyn
- Amin Iskandar
- Anwar Ibrahim
- Azizi Abdullah
- Bakaq
- Dr Mohd Asri
- Dr Siti Mariah
- Dr Zulkifly
- Faisal Tehrani
- Hanipa
- Herman
- Hishamuddin
- Husam Musa
- Ibnu Hasyim
- Idris Ahmad
- Kadir Jasin
- Khalid Samad
- Khalil Idham Lim
- Khir Toyo
- Lufti
- Mahathir
- Mahfuz
- Misbahul Munir
- Nasrudin
- Nik Abdul Aziz
- Nik Nasri
- NikAbduh
- Nobisha
- Raja Petra
- Ramli Abd Halim
- Roslan SMS
- Saiful Islam
- Sayuti Omar
- Sofi Wahab
- Subky
- Tuan Ibrahim
- Wan Ji
- Wfaudzin
- Zaharuddin
- Zaid Ibrahim
- Zainol Abiden
- Zainulfaqar
- Zolkharnain
- Zulkifli Nordin
Categories
- Berita (12)
- GST (7)
- Isu Felda (1)
- Isu Kalimah Allah (144)
- Isu royalti minyak (34)
- Kenyataan Media (6)
- Krisis Perak (16)
- Luar Negara (82)
- Macam-macam ada (54)
- Memali (1)
- P94 Hulu Selangpr (59)
- Pandangan (112)
- Parlimen (12)
- Pedoman (23)
- Politik (803)
- Pulau Pinang (1)
- Sidang Dun Trg (8)
- SodomyII (41)
- Sukan (5)
- Terengganu lening (53)
- Umum (133)
- Useful Info (2)




0 comments