RAWANG, 26 Jan: Siapa yang mahu menumpang orang tua bersama anak dan isteri tambah-tambah lagi kalau sudah berbeza agama. Namun inilah yang terpaksa dilalui oleh seorang saudara baru Islam, Mohd Nizam Abdullah. Beliau bersama anak dan isteri terpaksa menumpang di rumah ayah dan ibunya selepas tidak mampu lagi untuk hidup sendiri selepas mengalami kemalangan jalan raya pada 16 Oktober tahun lalu.
Yang menyedihkan Mohd Nizam juga adalah beliau dan keluarga semacam menyusahkan ibu dan bapanya yang juga terpaksa menanggung ramai lagi adik-beradiknya yang masih tinggal di rumah itu. Rumah keluarga bapa beliau Encik Veeramalai juga dihuni oleh lapan ahli keluarga selain dari ipar-duai yang turut tinggal bersama.
(GAMBAR: Nazir Masjid, Ustaz Eidil menyampaikan sumbangan bagi pihak masjid)
Mohd Nizam asalnya tinggal di Bandar Tasik Puteri, dekat sini. Namun selepas mengalami kemalangan tahun lalu, hingga kini beliau belum sembuh dan terpaksa menumpang di rumah ibu dan bapanya dekat Kuang.
Akibat kemalangan itu, beliau semacam hilang daya ingatan. Untuk itu beliau terpaksa membuat rawatan susulan di Hospital Sg. Buloh, Selangor. Beliau dinasihatkan untuk menjalani rawatan pembedahan kali ke-2 apabila menjelaskan bil-bil tempahan peralatan pembedahan pertamanya yang sehingga kini gagal dijelaskannya.
Yang paling banyak tekanan kini adalah isteri beliau, Meharuwniza Mohamed Ali untuk mempertahankan akidah dan ibadah Islam beliau sekeluarga. Beliau sangat berharap dapat kembali ke Bandar Tasik Puteri dan ingin hidup berdikari bersama keluarganya sendiri. Namun, apakan daya dengan apa yang berlaku kepada suaminya sekarang.
Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penduduk Bandar Tasik Puteri, Kamarudin Mohd Moh bersama Perkim, PAS Cawangan dan pimpinan Masjid Bandar Tasik Puteri mengunjungi Mohd Nizam sekeluarga bagi melihat sendiri keadaan beliau.
(GAMBAR: Puan Rosnah bersama Meharuwniza, isteri Nizam. Rosnah akan menguruskan akaun bantuan untuk keluarga malang ini)
Masjid Bandar Tasik Puteri diwakili oleh Nazirnya, Ustaz Eidil Mat, Perkim diwakili oleh Encik Rafik, Encik Wahid, Puan Fatin Sharina, Puan Rosnah dan Encik Harisudin. Turut serta dalam rombongan itu adalah En Kalai, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kuang di samping Naib Ketua PAS Cawangan Tasik Puteri, Mazlan Moin.
Dalam kunjungan ke rumah keluarga Nizam di 31B Kampung Buga Raya, Stesyen Keretapi Kuang, 49050 Rawang, Selangor, mereka dapat melihat sendiri betapa Nizam dan keluarga perlu dibantu.
Kepada yang berminat sila berhubung dengan isteri Nizam, Puan Meharuwniza Bt. Mohamed Ali, no telefon 012-6806334. Kepada yang berhajat membantu boleh masukkan ke dalam akaun isterinya, CIMB 1229-0004657-20-6.
Sumber: Harakahdaily
This entry was posted
on Tuesday, January 26, 2010
and is filed under
Umum
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.







0 comments