PM: Program Juara Rakyat ekoran 'isyarat' rakyat  

Posted by Kunta-Kinte


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Juara Rakyat dilancarkan hari ini atas keinsafahan ekoran 'isyarat' yang ditunjukkan oleh rakyat semasa pilihan raya umum 2008. "Jangan sesekali kita lupa dan lalai bahawa kedudukan kita sekarang semata-mata atas kehendak dan restu rakyat," katanya lagi.

Berucap merasmikan program Juara Rakyat di Tapak Ekspo Bukit Sentosa di Hulu Selangor, Najib yang juga perdana menteri berkata:

"Kami dengar dan terima bahawa rakyat beri teguran dan teguran itu kami akan hayati, bukan setakat dengar sahaja".

Najib berkata, program tersebut yang bertujuan mendekati semula rakyat, akan dijalankan berterusan setiap bulan di seluruh negara.

"Tiap-tiap bulan mesti buat program Juara Rakyat," katanya. Majlis pelancaran program itu turut dihadiri pemimpin tertinggi Umno dan BN itu.

Najib dalam ucapannya turut mengumumkan peruntukan 15.6 juta untuk baiki 5,000 pangsapuri penduduk di kawasan itu.

Katanya lagi, peruntukan itu perlu bagi membaiki pangsapuri berkenaan yang disifatkannya "seperti rumah berhantu."


kk: Juara rakyat atau JUARA MENIPU RAKYAT?


http://www.malaysiakini.com

This entry was posted on Saturday, January 09, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments